Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

101) HARGA DAN KEUNTUNGAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. PKNS menetapkan harga rumah mampu milik dari RM60 ribu hingga RM185 ribu mengikut lokasi. Berapakah kos sebenar pembinaan bagi rumah berharga RM60 ribu dan RM185 ribu?

    Kos pembinaan Rumah Mampu Milik bergantung kepada beberapa faktor seperti luas lantai, bilangan tempat letak kereta (TLK), jumlah kemudahan awam yang disediakan dan kemudahan infrastruktur yang perlu disediakan di kawasan tersebut.

    Secara kasar bagi pembangunan pangsapuri berserta lift dengan penyediaan TLK bertingkat, penyediaan fasiliti ( pejabat MC, surau, tadika & kedai komuniti) kos bangunan sahaja adalah sebanyak RM250.00 skp. Oleh itu kos pembinaan bagi luas lantai 800 kps adalah RM200,000.00 seunit. Kos ini tidak termasuk kos infrastruktur dan kos tanah

  2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kenaikan kos pembinaan?

    Kenaikan kos pembinaan disebabkan beberapa faktor seperti kenaikan bahan api, kenaikan bahan mentah, penyediaan tempat letak kereta bertingkat serta kos menaiktaraf infrastruktur di kawasan sedia ada bagi menampung pertambahan densiti. Mulai 1 April 2015, tambahan cukai barangan dan perkhidmatan, GST sebanyak 6% juga akan turut menyumbang kepada kenaikan harga

     

  3. Berapa peratuskah margin keuntungan untuk projek perumahan mampu milik tersebut?

    Bagi projek-projek Rumah Mampu Milik yang telah disiapkan dan dijual, margin untung rugi adalah seperti berikut:

     

     

    Lokasi

     

    Bil Unit

    Harga Jualan seunit (RM)  

    GDC (RM)

     

    GDV (RM)

    Keuntungan/ (Kerugian) (RM)
    Bukit Botak 1,422 99,000 23,800,000 11,736,000 (12,000,000)

    @ 50.7%

    Bandar Baru Bangi 124 60,000

    – 99,000

    221,629,000 136,724,000 (RM85,000)

    @ 38.3%

    Seri Kejora, Subang Bestari 254 120,000 27.6 juta 30.48 juta RM2.88 juta @ 10.42%

Lampiran

Tiada Lampiran.