Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
92) DENGGI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kes Denggi yang dilaporkan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tahun 2013 dan juga pada bulan Janari dan Februari. Berapakah Kes Kematian berlaku ?
Bilangan kes denggi dan kematian mengikut daerah dari 2013-2014 (sehingga 15 Mac 2014) adalah seperti berikut:
BIL DAERAH TAHUN 2013 2014 1 Petaling 9600 (10) 5110(5) 2 Hulu Langat 6371 (5) 3261(7) 3 Gombak 3326 (2) 1339(3) 4 Klang 2645 (2) 1800(4) 5 Hulu Selangor 480 (1) 114(1) 6 Kuala Langat 288 (2) 197 7 Kuala Selangor 304 (0) 104(1) 8 Sepang 663 (2) 80 9 Sabak Bernam 175 (0) 68 SELANGOR 23852 (24) 12,073(21) *(…) merujuk kepada bilangan kes kematian
Bilangan kes denggi dan kematian mengikut Pejabat Kesihatan Daerah serta PBT dari 2013-2014 (sehingga 15 Mac 2014).
BIL DAERAH BILANGAN KES TAHUN 2013 2014 1 *Petaling 1319 (0) 0 (0) 2 *Hulu Langat 4740 (5) 2542 (4) 3 *Gombak 1587 (2) 611 (2) 4 *Klang 373 (0) 358 (0) 5 *Hulu Selangor 479 (0) 114 (1) 6 *Kuala Langat 288 (2) 197 (0) 7 *Kuala Selangor 304 (0) 104 (0) 8 *Sepang 663 (2) 80(0) 9 *Sabak Bernam 175 (0) 68 (0) 10 Majlis Perbandaran Selayang 958 (0) 556 (1) 11 Majlis Perbandaran Subang Jaya 3233 (5) 1794 (3) 12 Majlis Bandaraya Petaling Jaya
2739 (4) 1464 (1) 13 Majlis Bandaraya Shah Alam 2756 (3) 2076 (3) 14 Majlis Perbandaran Kajang 262 (0) 74 (0) 15 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2139 (0) 817 (3) 16 Majlis Perbandaran Klang 1838 (1) 1218 (3) SELANGOR 23853 (24) 12073 (21) (…) merujuk kepada bilangan kes kematian
*kes adalah dibawah PBT namun aktiviti kawalan dilakukan oleh pihak PKD- maklumat sukar diperoleh secara tepat kerana pembahagian kawasan mengikut aktiviti kawalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk membenteras pembiakan nyamuk- nyamuk aedes?
Berikut adalah langkah-langkah untuk membenteras pembiakan nyamuk aedes:-
- Memberi penekanan dalam pendidikan kesihatan kepada masyarakat serta agensi/ badan yang berkaitan tentang pencegahan jangkitan denggi melalui konsep ‘Kebersihan Setiap Hari, Setiap Masa & Di Mana Jua (“Everyday Cleanliness, Everytime, Everywhere”) .
- Mempromosi serta menggalakkan penubuhan skuad denggi dan pasukan COMBI (‘Communication For Behavioral Impact’) dikalangan persatuan penduduk, agensi kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mempertingkatkan penglibatan masyarakat tempatan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi saperti ‘gotong-royong’, pemeriksaan rumah untuk tempat pembiakan nyamuk Aedes dan pembuangan sampah secara teratur.
- Melaksanakan Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia diadakan di semua daerah yang mengalami wabak denggi dengan tujuan utama mesyuarat adalah untuk meningkatkan koordinasi pelbagai agensi kerajaan/ bukan kerajaan/ NGO dan persatuan penduduk untuk mengatasi fakto risiko pembiakan nyamuk Aedes di lokaliti wabak denggi. Disamping itu, di peringkat Kerajaan Negeri Mesyuarat Wabak Denggi Mingguan (Dipengerusikan oleh Dato’ Teng) dilaksana bagi merencana serta memantau aktiviti kawalan denggi serta pencegahan oleh Pihak Berkuasa
- Bmempertingkat kerjasama Jabatan Kesihatan PBT serta Pejabat Kesihatan Daerah bagi menjalankan langkah-langkah kawalan denggi, seperti semburan kabus dan larvisiding apabila kes denggi dilaporkan oleh klinik/ hospital kerajaan & swasta di lokaliti
- Bekerjasama dengan sekolah-sekolah melalui Program Bebas Denggi Sekolah oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Program Khas yang dianjur oleh setiap PBT untuk memberi kesedaran serta memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes di semua sekolah-sekolah.
- Penguatkuasaan undang-undang, dengan kompaun minima RM 500, terhadap semua premis yang dikesan positif untuk pembiakan nyamuk Aedes. Ini juga termasuk penutupan tapak binaan yang didapati positif untuk pembiakan nyamuk Aedes.