Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

91) PROGRAM MES

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pecahan peratusan penerima manfaat program MES mengikut umur (kanak-kanak, anak muda, dewasa, warga emas)

    Jumlah pemanfaat dan perbelanjaan bagi menjalankan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah berjumlah 1,748,599 orang penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM1,044,511,142.86. Program MES yang dilaksanakan berdasarkan golongan sasaran yang berbeza.

  2. Sila kemukakan program MES yang tidak lagi dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri

    Tiada program MES yang digugurkan. Kesemua program MES masih lagi dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan penambahbaikan berterusan demi memastikan manfaat kepada

  3. Sila kemukakan mana-mana program MES yang mempunyai syarat-syarat baru dalam tahun 2013.

    Antara program MES yang dibuat penambahbaikan dengan syarat-syarat baru dalam tahun 2013 adalah:

    • Program Hadiah Anak Masuk Universiti

    Syarat baru : Pendapatan Isi Rumah Ibu dan Bapa atau penjaga telah dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,000 dan ke bawah

    • Program MiMBAR

    Syarat-syarat MiMBAR Selangor kebanyakannya tidak banyak berubah dan syarat-syarat baru yang telah dikemaskini adalah seperti berikut:

    1. Pendapatan seisi rumah kurang dari:
    2. RM1,500 tanpa anak
    3. RM2,500 berkahwin dengan anak 3 orang atau kurang
    4. RM3,000 berkahwin dengan anak lebih 3 orang
    5. Warganegara Malaysia berusia 21-60 tahun
    6. Warga Selangor/bermastautin lebih 10 tahun (perlu pengesahan)
    7. Memiliki asset tidak lebih RM100,000 dalam segala bentuk
    8. Menetap dan berniaga di Bandar-bandar Negeri Selangor
    9. Sudah memulakan perniagaan dan berpengalaman dalam bidang perniagaan
    10. Wajib mengikuti syarat-syarat program yang ditentukan
    11. Tidak mendapat sebarang bantuan dari Skimsel, AIM, Tekun atau program mikrokredit seumpamanya
    12. Mampu membayar pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui

    Tiada masalah peribadi seperti hutang Ah Long atau kad kredit dan juga tidak disenaraihitamkan atau diisytiharkan muflis.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.