Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

88) PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN DAN SEJARAH (PPPS), MDHS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu Pusat Penerangan Pelancongan dan Sejarah (PPPS), MDHS yang telah siap tapi tidak beroperasi?

    Kerajaan Negeri membantu dari segi khidmat nasihat mengenai pusat sejarah atau muzium kepada pihak pengurusan PPPS melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) .

  2. Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi yang menyebabkan PPPS tidak dibuka untuk orang awam

    Masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak MDHS ialah ketiadaan kakitangan untuk ditempatkan di PPPS tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat cadangan untuk menempatkan pembantu ahli majlis kawasan di PPPS

    Selain itu, masih terdapat kekurangan bahan pameran dan artifak yang boleh diletakkan di PPPS tersebut. Pihak pengurusan sedang mengadakan perbincangan dengan orang perseorangan dan pihak-pihak yang mempunyai bahan-bahan sejarah mengenai Kuala Kubu Bharu dan Hulu Selangor untuk menempatkannya di PPPS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.