Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
73) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peratus kejayaan pemutihan kilang haram dari 2008 hingga 2013?
Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran telah mula dilaksanakan pada tahun 2006. Untuk makluman Yang Berhormat, peratusan kejayaan pelaksanaan program tersebut dari tahun 2008 sehingga 2013 adalah sebanyak 38%.
-
Adakah Kerajaan Negeri melonggarkan syarat teknikal PBT supaya dapat mempercepatkan kaedah pemutihan?
Kerajaan Negeri telah meluluskan Garis panduan Syarat Teknikal Minima Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Program Pemutihan Kilang Haram yang memberi kelonggaran kepada pemilik tanah dan pengusaha kilang supaya mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang ke PBT. Garis panduan tersebut dapat dirujuk seperti di Lampiran A.
SYARAT TEKNIKAL MINIMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN JABATAN-JABATAN TEKNIKAL BAGI PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA KEBENARAN
JABATAN PERANCANGAN
BIL. PERKARA PIAWAIAN PERANCANGAN 1 SYARAT MINIMA 1. Surau Tempat wuduk berasingan 1.219m x 0.610m (4 kaki x 2 kaki) Sedia ada di tapak
2. Kawasan Plint 60% Sedia ada di tapak 3. Jalan Awam 66 kaki RT / RKK / Pelan Induk / Pelan Susunatur 4. Kilang tiada anjakan bangunan Bahagian yang termasuk di dalam anjakan bangunan akan dirobohkan atau didenda. Dibenarkan dijadikan kilang berkembar atau teres dengan aktiviti yang bersesuaian 5. Kantin 2 % daripada jumlah keluasan lantai binaan 0.5 % drp jumlah keluasan lantai binaan (gudang) Sedia ada di tapak
6. Anjakan Bangunan Kilang Sesebuah/ Berkembar a. Menghadap jalan – 40 kaki
b. Sempadan Bersama – 25 kaki
c. Lorong Belakang
20 kaki
13 kaki
15 kaki
LAMPIRAN A
7. Ketinggian Bangunan Ketinggian Maksima bangunan – 6 tingkat (25.5 m)
Sedia ada di tapak
8. Saiz Lot Kilang Teres Minima 20 kaki x 80 kaki Sedia ada di tapak 9. Panjang Lot Teres Maksima 320 kaki Sedia ada di tapak 10. Langkau Api Minima 40 kaki Tertakluk kepada sokongan BOMBA 11. Dinding Pemisah Tiada Tertakluk kepada sokongan BOMBA 12. Perimeter Planting 3 m (10 kaki)
Perlu disediakan 1 meter atau tertakluk kepada keadaan tapak sedia ada 13. Permohonan Kebenaran Merancang (KM) Pelan Susunatur & Pelan Bangunan (Sokongan Jabatan Perancangan) · Permohonan KM perlu dikemukakan untuk kelulusan · Mendapatkan ulasan untuk pelan susunatur daripada Jabatan Teknikal: JKR, JPS, JPP
· Permohonan pelan bangunan (PB) hanya boleh dikemukakan setelah KM diperolehi
· Ulasan JKR, JPS dan IWK boleh dikecualikan sekiranya pelan infrastruktur keseluruhan kawasan kilang tanpa kebenaran disediakan. · Permohonan KM boleh dikemukakan serentak dengan PB.
14. Tempat Letak Kenderaan Pengeluaran Tempat Letak Kereta (TLK): 1 unit untuk setiap 139.3 mp (1,500 kp) ruang lantai + 10 % daripada jumlah TLK untuk pelawat
Sedia ada di tapak
LAMPIRAN A
Tempat Letak Motosikal (TLM): 1 unit untuk setiap 185.8 mp (2000 kp) atau 1 unit untuk setiap 4 orang pekerja
Sedia ada di tapak
Tempat Letak Lori (TLL): 1 unit untuk setiap 929.0 mp (10000 kp)
Sedia ada di tapak
Stor Tempat Letak Kereta (TLK) : 1 unit untuk setiap 232.2 mp (2,500 kp) ruang lantai + 10 % daripada jumlah TLK untuk pelawat
Sedia ada di tapak
Tempat Letak Motosikal (TLM): 1 unit untuk setiap 185.8 mp (2000 kp) atau 1 unit untuk setiap 4 orang pekerja
Sedia ada di tapak
Tempat Letak Lori (TLL): 1 unit untuk setiap 929.0 mp (10000 kp)
Sedia ada di tapak
Pejabat Tempat Letak Kereta (TLK): 1 unit untuk setiap 46.4 mp (500 kp) ruang lantai + 10 % daripada jumlah TLK untuk Pelawat
Sedia ada di tapak
Tempat Letak Motosikal (TLM): 1 unit untuk setiap 185.8 mp (2000 kp)
Sedia ada di tapak
LAMPIRAN A
atau 1 unit untuk setiap 4 orang pekerja Nota:
1 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor, Edisi Kedua, Oktober 2010.
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
JABATAN BANGUNAN
BIL.
PERKARA
SYARAT SEDIADA
SYARAT MINIMA
1. Perincian Pelan Lantai a. Menyediakan longkang dan apron disekeliling bangunan b. Kemasan dinding dari jenis ubin gerlis pada dapur hingga ke paras 5’0” dan pada tandas hendaklah sehingga ke paras siling
c. Tembok penahan ( jika ada)
d. Telaga udara (airwell)
Tertakluk kepada pelan kelulusan BOMBA
2. Pelan tampak pandangan hadapan, belakang dan tepi Kedudukan paip bolong (RWDP) hendaklah ditanam di bawah apron 3. Pelan Keratan membujur dan melintang a. Palong (gutter) b. Tunjukkan kedudukan tangkiair hendaklah di dalam kerangka bumbung
4. Pelan Bumbung Menyediakan gutter (palong) pada setiap bumbung LAMPIRAN A
5. Pelan-pelan perincian berikut perlu dikemukakan: Penyimpanan sampah (Refuse Bin Chamber) i. Tempat pembuangan sampah (6 kaki x 6 kaki x 8 kaki min)
ii. Kebuk sampah bagi kilang teres (600mm x 600mm x 900mm min)
Tong sampah yang bersesuaian diperlukan.
7. Keperluan-keperluan tambahan untuk pembinaan a. Ruang makan kantin hendaklah disediakan sekurang-kurangnya 4 buah basin basuh tangan (jika ada) b. Ruang ablution yang berasingan untuk lelaki dan wanita (jika ada) · disediakan drop antara ‘ablution’ dan ruang sembahyang · disediakan ‘step’ dan ‘scupper drain’ pada ablution · ketinggian dinding tiles minima 7 kaki
Sedia ada di tapak
c. Mengadakan ‘litter bin’ dengan nisbah 1:10 di tempat letak kereta dan 1:20 di tempat letak motosikal d. Mengemukakan surat permohonan kelulusan ke Jabatan lanskap yang disahkan terima oleh Jabatan Lanskap atau kelulusan pelan senitaman dari Jabatan Lanskap. LAMPIRAN A
e. Mengemukakan surat pengesahan penggunaan 60% bahan-bahan tempatan 8. Denda Pelan Bangunan Dikenakan 10 x ganda Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
JABATAN KEJURUTERAAN
BIL.
PERKARA
SYARAT SEDIADA
SYARAT MINIMA
1. Keperluan Am i. Jenis pelan yang dikemukakan hendaklah seperti berikut:
a. Pelan Kunci dan pelan lokasi terkini
b. Pelan Tapak
c. Pelan-pelan perincian
– Jalan cadangan
– Persimpangan keluar/masuk
– Susur jalan dan paip erong
– Pejalan kaki
– Lurang penyelerasan
Ada
Kekal
Ada Kekal Ada
Kekal Ada Kekal Ada
Dikecualikan Ada Dikecualikan Ada Dikecualikan 2. Salinan ulasan atau kelulusan bertulis daripada agensi-agensi berikut hendaklah dikemukakan : a. Jabatan Kerja Raya
b. Jabatan Pengairan dan Saliran
Ada Ada
Dikecualikan Dikecualikan
LAMPIRAN A
3. Keperluan Pelan Tapak: i. Pelan hendaklah diwarnakan seperti berikut:
a. Susur jalan cadangan – hitam putus- putus Ada Dikecualikan b. Pejalan kaki cadangan – coklat Ada Dikecualikan ii. Perkara-perkara berikut hendaklah ditunjukkan:
a. Kedudukan susur jalan dan parit erong
Ada
Dikecualikan
b. Kedudukan lurang penyelarasan Ada Dikecualikan iii. Semua pemasangan utiliti hendaklah dibuat dalam tanah dan hendaklah dicatat dipelan
Ada
Dikecualikan
iv. Susur jalan hendaklah dipasang dikeseluruhan tepian jalan
Ada
Dikecualikan
LAMPIRAN A
v. Lorong menirus (taper lane) hendaklah diadakan diselekoh persimpangan keluar/masuk dengan ukuran panjang seperti berikut: a. Pertemuan dengan simpanan jalan 30m dan 40m – 30m Ada Dikecualikan b. Pertemuan dengan simpanan jalan 12m, 15m dan 20m – 15m Ada Dikecualikan v. Ukuran lebar persimpangan keluar/ masuk hendaklah tidak melebihi 15m dan tiada kurang dari 10m
Ada
Dikecualikan
vi. Pejalan kaki hendaklah diadakan ditepi persimpangan keluar/masuk dengan ukuran lebarnya mengikut lebar pejalan kaki sediada.
Ada
Dikecualikan
vii. Kecerunan minima longkang cadangan hendaklah 1:200
Ada
Dikecualikan
viii.Longkang cadangan hendaklah
LAMPIRAN A
menggunakan parit konkrit bertetulang bergaris pusat 225mm minima ix. Takungan (sump) hendaklah diadakan di setiap pertemuan longkang
x. Lurang penyelenggaraan hendaklah diadakan pada jarak longkang 15m
Ada
Ada
Ada
Dikecualikan
Dikecualikan
Dikecualikan
4. Perincian Jalan i. Jalan cadangan hendaklah menggunakan mana-mana jenis berikut:
a. Berturap
b. Interlocking pavement
c. Slab konkrit bertetulang
ii. Lapisan wearing course premix dan binder course premix hendaklah menggunakan jenis “a concrete’’
Ada
Kekal
Ada Dikecualikan Ada Dikecualikan Ada
Dikecualikan
LAMPIRAN A
iii. Kecerunan permukaan jalan melintang hendaklah 1:40 kearah longkang iv. Susur jalan hendaklah menggunakan jenis ‘continous kerb’
v. Lebar dan jenis pejalan kaki ditepi persimpang
keluar/masuk hendaklah mengikut pejalan kaki sediada
Ada
Ada
Ada
Dikecualikan
Dikecualikan
Dikecualikan
vi. Ketinggian susur jalan di atas permukaan jalan hendaklah 150mm Ada Dikecualikan vii. Parit erong hendaklah menggunakan jenis paip bersilau bergaris pusat 225mm
Ada Dikecualikan viii. Penanda garisan dipermukaan jalan hendaklah menggunakan cat jenis thermoplastic
Ada
Dikecualikan LAMPIRAN A
5. Perincian Longkang i. Longkang hendaklah menggunakan jenis: Ada
Dikecualikan
a. paip konkrit bertetulang bergarispusat 225mm minima ii. Bagi longkang jenis bersilau separuh bulatan:
a. ukuran minima longkang hendaklah seperti berikut: saiz lebar kedalaman
(mm) (mm) (mm) 225 375 300
300 450 500
450 600 1000
Ada Ada Ada
Kekal Dikecualikan Dikecualikan
b. Tembok longkang hendaklah menggunakan jenis konkrit bertetulang dan dibina tupang (strut) konkrit bertetulang berukuran 100mm x 100mm bagi kedalaman melebihi 1.5m
Ada
Dikecualikan
LAMPIRAN A
c. Keseluruhan longkang hendaklah ditutup dengan slab konkrit bertetulang setebal 100mm
Ada
Dikecualikan
d. Tembok berhadapan (wing wall) setinggi 300mm hendaklah diadakan di tepi lintasan di atas longkang awam.
Ada
Dikecualikan
6. Perincian Pagar Sempadan i. Ruang antara pagar sempadan hadapan dan longkang awam hendaklah dilepa konkrit setebal 75mm
Ada
Dikecualikan
7. Ulasan Tambahan i. Pelan kerjatanah hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu
Ada
Dikecualikan
ii. Pelan infrastruktur utama hendaklah mendapat kelulusan dahulu
Ada
Dikecualikan
LAMPIRAN A
Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
JABATAN TAMAN & REKREASI
BIL.
PERKARA
SYARAT SEDIADA
SYARAT MINIMA
1. Pengindahan Bangunan a. Depan
b. Sisi Bangunan
c. Belakang
Dilandskap Dilandskap Dilandskap
Pelan Lanskap tidak perlu dikemukakan tetapi lanskap perlu ditunjukkan di dalam pelan susunatur dalam pelan bangunan
2. Teduhan di Tempat Letak Kereta Dilandskap 3. Keliling sempadan kilang Dilandskap 4. Jalan masuk Dilandskap Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
SYARAT TEKNIKAL MINIMA JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR (UNTUK KELULUSAN PERMOHONAN LESEN)
BIL.
PERKARA
SYARAT-SYARAT ASAS
SYARAT MINIMA BAGI KILANG MAKANAN DAN MINUMAN
SYARAT MINIMA
1. Struktur Bangunan Lantai – hendaklah dibina dari bahan- bahan yang kalis air, tidak licin, berwarna cerah, berkeadaan bersih, senang dicuci serta diselenggara. Boleh dibina dari simen dengan permukaan yang rata dan dicatkan dengan warna yang cerah dan senang dicuci. Boleh dibina dengan simen dan senang dicuci. Bangunan hendak dibina tanpa penjuru pada bahagian sambungan lantai dengan dinding, diantara dinding dengan dinding dan perparitan. Dikekalkan
Dikecualikan
Dinding – Hendaklah dibina dari bahan kalis air, berwarna cerah, berkeadaan bersih dan senang dicuci serta diselenggara. Boleh dibina dari simen dengan permukaan yang rata dan dicatkan dengan warna yang cerah dan senang dicuci. Dikecualikan
LAMPIRAN A
Siling – Perlu ada di kawasan penyediaan makanan dalam keadaan bersih, tidak berminyak serta bersawang. Dikekalkan
Dikecualikan
2. Bilik Persalinan Pakaian Hendaklah disediakan bilik persalinan secara berasingan mengikut jantina. Dikekalkan
Dikecualikan
3. Pemakaian Uniform (Pakaian Bersih) Hendaklah sentiasa memakai pakaian bersih, apron, penutup kepala dan lain-lain. Dikekalkan
Dikecualikan
4. Stor Barang siap hendaklah disimpan secara berasingan mengikut tahap suhu yang bersesuaian. Dikekalkan
Dikecualikan
5.
Peralatan Sejuk Beku
Hendaklah disediakan dengan bilangan/ruang mencukupi mengikut kadar pengeluaran, penyimpanan secara berasingan di antara bahan mentah dan siap serta antara bahan cepat rosak. Hendaklah sentiasa diselenggara suhu, pengudaraan, susun atur diruang penyimpanan. Dikekalkan
Dikecualikan
LAMPIRAN A
6. Tempat Pemerosesan Bahan-bahan Makanan Hendaklah dibina dari bahan yang kalis air, berkeadaan bersih, berwarna cerah dan ketinggian minima 90 cm dari lantai. Dikekalkan
Dikecualikan
7.
Pekerja dan Anggota Pengurusan
Hendaklah menghadiri kursus asas pengendalian makanan dan menjalani pemeriksaan Kesihatan serta hendaklah sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi serta bebas dari tanda- tanda dan gejala penyakit. Dikekalkan
Dikecualikan
Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
SYARAT MINIMA a) Keperluan rizab parit / rizab sungai b) Semua sungai, parit atau kolam yang sedia ada dalam kawasan tidak boleh disekat /dilencong, dikambus atau diganggu dan sebarang kerja tanah atau menebus dalam kawasan tidak boleh dimulakan sehingga pelan saliran diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
c) Pemohon bertanggungjawab bagi pembinaan sistem saliran dalam kawasan yang akan dimajukan struktur-struktur hidrolik dan saluran keluar darinya ke sungai atau saluran utama yang dipersetujui oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, termasuk membina pembentung-pembentung dan lain-lain binaan yang diperlukan.
d) Sekiranya tiada saluran keluar dari tapak yang dipohon itu, pemohon mestilah mencadangkan saluran keluar ke sungai atau parit yang sedia ada dan pemohon bertanggungjawab meminta kebenaran bertulis dari tuan-tuan persendirian sekiranya saliran yang dicadangkan itu melalui tanah-tanah mereka.
e) Pemohon adalah dikehendaki membayar di Pejabat JPS Selangor sebanyak RM 6,000.00 seekar bagi kawasan yang di pohon. Bayaran ini hendaklah dibuat dengan Bank Draf atas nama Pengarah Pengairan dan Saliran Selangor dan jelaskan yang ditetapkan.
f) Persetujuan dasar terhadap permohon ini tidak bermaksud atau bererti kelulusan secara langsung atau pun pada dasarnya sebarang pelan pertapakan atau ‘detail’ projek yang telah dimajukan bersama permohon ini.
g) Simpanan parit / sungai dan kolam takungan adalah diperlukan dan ditentukan semasa pemohon mengemukakan permohonan kelulusan susunatur / pertapakan.
h) Pengusaha tidak dibenarkan membina sebarang struktur di dalam rizab sungai. Walau bagaimanapun Jabatan ini tiada LAMPIRAN A SYARAT TEKNIKAL MINIMA JABATAN PENGAIRAN & SALIRAN NEGERI SELANGOR
LAMPIRAN A
halangan sekiranya struktur yang dibina adalah struktur sementara. i) Sebarang kegiatan membina struktur, binaan yang boleh menjejaskan aliran sungai serta kestabilan jajaran keratan saluran sungai serta tebingnya atau yang boleh mengakibatkan hakisan tanah atau kehilangan adalah tidak dibenarkan.
j) Pengusaha hendaklah bertanggungjawab melindungi tebing sungai (sekiranya ada) sebarang kerosakan akibat dari aktivit- aktiviti dan pembinaan lain. Jika berlakunya kerosakan dan hakisan, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha untuk segera membaiki dan mengawalnya (membina dan mengawalnya) (membina perlindungan – protection) dengan kos perbelanjaan sendiri.
k) Pengusaha hendaklah memastikan cadangan pembangunan ini tidak mengakibatkan pencemaran alam sekitar khasnya pencemaran air sungai.
l) Pengusaha bertanggungjawab menyelenggara kawasan tapak semasa beroperasi. Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
SYARAT TEKNIKAL MINIMA JABATAN KERJA RAYA
CADANGAN PINDAAN SYARAT MINIMA a) Kilang yang telah didirikan hendaklah mempunyai hubungan jalan raya yang menghubungkan ke rangkaian jalanraya utama Negeri atau Persekutuan.
b) Jalan hubungan tersebut hendaklah mempunyai permukaan yang berturap dengan lebar minimumnya 6 m. Kelonggaran ini hanya dikhususkan bagi tujuan penyelesaian terhadap masalah Kilang-kilang Tanpa Kebenaran (KTK) sahaja.
c) Jalan hubungan tersebut hendaklah terbina di atas simpanan untuk laluan awam. d) Garis sempadan kawasan kilang yang menghadap simpanan jalan hendaklah mempunyai ruang untuk dianjakan bagi keperluan menyediakan simpanan jalan kepada lebar minimum 20 m kelak.
e) Kilang-kilang yang didirikan di atas simpanan adalah tidak disokong untuk diberi kebenaran dan hendaklah di pindahkan. f) Struktur jalanraya yang sedia ada di kawasan KTK tidak dapat menampung beban lalulintas perindustrian dan Pihak Berkuasa Negeri perlu menyediakan peruntukan khas untuk menaiktaraf jalan-jalan tersebut.
g) Jabatan Kerja Raya Selangor adalah tidak terikat untuk menaiktaraf mana-mana jalan yang sedia ada di kawasan KTK sekiranya diberi kebenaran.
Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
SYARAT MINIMA a) Jenis-jenis kilang hendaklah seragam dan compatible dengan kilang-kilang yang bersebelahan dengannya. b) Memastikan penyediaan zon penampan yang mencukupi. c) Keadaan fizikal dan rupabentuk bangunan kilang hendaklah diselaraskan dengan imej yang menggambarkan Selangor Negeri Maju.
d) Memastikan penyediaan tempat letak kereta yang mencukupi dengan menyediakan piawaian minima. e) Hanya kilang-kilang tanpa kebenaran yang telah dibanci (inventori) oleh Pihak Berkuasa Tempatan / PTD yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Kilang-kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor sahaja yang boleh dipertimbangkan dengan syarat-syarat minima.
f) Perlu mematuhi zoning dan kelas kegunaan tanah yang diwartakan di dalam Rancangan Tempatan (RT). LAMPIRAN A SYARAT TEKNIKAL MINIMA JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
SYARAT TEKNIKAL MINIMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR
SYARAT MINIMA I. KAWALAN PENCEMARAN
a) Pemasangan peralatan kawalan pencemaran udara, air dan bunyi adalah wajib sekiranya tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan had pelepasannya perlu mengikut standard yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan semua peraturan-peraturan dibawahnya; dan
b) Pemasangan cerobong, alat pembakaran bahan api dan peralatan kawalan pencemaran sedia ada dalam premis Kilang Tanpa Kebenaran perlu dirujuk kepada Jabatan ini untuk kelulusan.
II. PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL
a) Sekiranya operasi Kilang Tanpa Kebenaran melibatkan operasi penstoran, pemerolehan kembali dan pengolahan bahan buangan terjadual, pemilik kilang perlu mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling atau ‘Environmental Impact Assessment’ (EIA) seterusnya mendapatkan lesen di bawah Seksyen 18, mematuhi syarat lesen sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Seksyen 16, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
b) Kilang Tanpa Kebenaran yang menghasilkan bahan buangan terjadual (scheduled waste generator) perlu memastikan bahawa buangan tersebut diurus sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989, yang mana buangan tersebut perlu distor dengan baik, diolah di dalam tapak atau di hantar ke premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk diolah, pemerolehan kembali (recovery) atau dilupuskan.
LAMPIRAN A
Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
SYARAT TEKNIKAL MINIMA SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR
CADANGAN PINDAAN SYARAT MINIMA 1. Mempunyai tangki simpanan yang memenuhi 1 hari permintaan air. 2. Saiz paip dan meter yang digunakan hendaklah wajar dengan kadar penggunaaan air sehari 3. Kilang tanpa kebenaran yang dibangunkan didalam kawasan rezab SYABAS boleh dipertimbangkan kelulusannya dengan syarat:-
Ø Kawasan rezab SYABAS hanya merupakan tempat letak kereta, kawasan lapang, kawasan simpanan barang ringan atau kawasannyang tidak didirikan bangunan.
Ø Sewaan menggunakan tanah rezab SYABAS akan dikenakan ke atas pemohon dan kadar sewaan akan ditentukan kelak.
Ø Pemohon disyaratkan menendatangani surat perjanjian menggunakan rezab SYABAS dimana sewaan ini bersifat sementara dan SYABAS mengambilalih tanah tersebut tanpa notis. 4. Mengemukakan 3 salinan ‘as-built plan’ untuk kerja-kerja paip dalaman untuk kelulusan rezab SYABAS dan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan perancangan.
Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
SYARAT TEKNIKAL MINIMA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)
SYARAT MINIMA a) Kilang-kilang tanpa kebenaran ini telah diberikan bekalan setelah semua keperluan dipenuhi seperti termaktub di dalam Peraturan /Panduan Bekalan Elektrik TNB.
b) Seksyen 37, subseksyen 12 Cas Akta Bekalan Elektrik 1990 memperuntukkan bahawa tiada sebarang bentuk kerja atau aktiviti berhampiran dengan pemasangan elektrik TIDAK dibenarkan kecuali dengan kebenaran sah pihak berkuasa atau pemegang lesen.
Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
SYARAT TEKNIKAL MINIMA JABATAN PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN (JPP)
SYARAT MINIMA a) Kawasan Individual Septic Tank (IST) mestilah bebas daripada dijadikan tempat meletak atau pemunggahan barang. b) Kapasiti penggunaan IST mestilah tidak melebihi 30 PE dan bersamaan dengan aliran air kumbahan sebanyak 6750 liter. c) Menyediakan zon penampan (Buffer Zone) yang mencukupi untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan termasuklah menjalankan kerja-kerja pengosongan tangki (Desludging).
d) Tanggungjawab penyelenggaraan IST adalah dibawah kendalian pemilik. e) Mematuhi syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan iaitu “Guidelines For Developers Volume III, IV & V” yang disediakan oleh JPP.
Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
SYARAT TEKNIKAL MINIMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SYARAT MINIMA 1. Mengadakan pili bomba yang mencukupi jenis bertiang pengeluaran dua hala. Ø Saiz paip pili bomba hendaklah bergarispusat tidak kurang 6”
Ø Mengadakan 2 talian hos beserta 1 unit nozel bagi setiap pili bomba (jika berkenaan)
Ø Jarak antara pili bomba hendaklah tidak melebihi 91 meter.
1. Mengadakan jalan akses perkakas bomba. Ø Lebar bersih jalan hendaklah tidak kurang 6 meter
Ø Jalan hendaklah dapat menampung keberatan jentera bomba seberat 25 tan.
Ø Kadar jalan yang bersempadanan dengan bangunan seperti dibawah:
Ø
ISIPADU BANGUNAN KADAR PERIMETER JALAN
7000 – 28 000 meter padu Satu perempat 28 000 – 56 000 meter padu Satu perempat 56 000 – 84 000 meter padu Satu perdua 84 000 – 112 000 meter padu Tiga perempat 112 000 meter padu ke atas Tapak pulau 3. Jarak antara bangunan kilang hendaklah tidak kurang dari 6 meter. LAMPIRAN A
4. Keperluan kebombaan bagi bangunan adalah bergantung kepada rekabentuk bangunan dan akan dikaji secara individu. Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
SYARAT TEKNIKAL MINIMA POLIS DIRAJA MALAYSIA
CADANGAN PINDAAN SYARAT MINIMA a. Perlu mematuhi peruntukan seperti yang terkandung di dalam ‘Akta Peniaga Sekendhend 1946’ (Akta 189). Nota:
2 Syarat minima berdasarkan Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor 2006.
LAMPIRAN A
SYARAT TEKNIKAL MINIMA LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)
PERKARA SYARAT MINIMA a. Rizab Sungai Pembangunan yang melibatkan sungai haruslah mengekalkan ciri-ciri fizikalnya iaitu tidak dilencongkan, dijajarkan, dialihkan, dikecilkan, dikambus dan dikonkrit. Konsep “Pembangunan Mengikut Fizikal Sungai” perlu dilaksanakan diperingkat perancangan selaras dengan Strategi Pengurusan Sungai Negeri Selangor Selaras Enakmen LUAS 1999 yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 30 Mei 2012.
Sekiranya terdapat pembinaan struktur kilang yang baru, pihak pengusasha dikehendaki memohon kebenaran bertulis daripada Pengarah LUAS sebelum menjalankan aktiviti pembangunan dalam jarak 50 meter dari tebing Sungai Klang selaras dengan peruntukan perundangan Seksyen 43(1) dan Seksyen 70(1), Enakmen LUAS 1999. Yuran pendaftaran sebanyak RM 150.00 akan dikenakan sekali sahaja bagi permohonan Kebenaran Bertulis.
Pihak Pengusaha tidak dibenarkan untuk membina sebarang struktur di dalam sungai. Jika struktur tersebut merupakan struktur sementara, pihak pengusaha perlu melaporkan kepada pihak Lembaga.
Sebarang pembinaan struktur yang menghalang aliran hidraulik sungai adalah tidak LAMPIRAN A
dibenarkan. Pihak pengusaha juga digalakkan merekabentuk tebing sungai supaya lebih mesra alam seperti mengekalkan riparian plant yang tindakan sebagai pengukuhan tebing atau pembinaan penahan tebing yang menggalakkan pertumbuhan rumput dan seumpamanya.
Pihak pengusaha juga adalah bertanggungjawap terhadap penyelenggaraan sistem saliran didalam kawasan premis masing-masing dan kualiti terhadap pelepasan efluen.
b. Abstraksi Air Sekiranyan pihak pengusaha mengebstrak air bumi atau air permukaan (sungai, tasik dan kolam), pihak pengusaha perlu memohon Lesen Abstraksi Air daripada Lembaga.
Pendaftaran sebanyak RM 150.00 akan dikenakan sekali sahaja dan yuran lessen sebanyak RM 200.00 setiap tahun. Caj sebanyak RM 0.05 permeter padu akan dikenakan berdasarkan jumlah air yang diabstrak.
c. Pelepasan Efluen Pihak pengusaha perlu memastikan efluen yang dilepaskan ke sungai adalah tidak mencemarkan sungai tersebut terutamanya kepada aktiviti yang berjadual di bawah Peraturan – Peraturan Pelepasan Bahan Pencemaran Negeri Selangor 2012.
-
Apakah langkah yang akan diambil terhadap pengusaha-pengusaha kilang haram yang enggan diputihkan?
Bagi menyelesaikan masalah pemilik tanah dan pengusaha kilang yang tidak menyertai Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bilangan 10/2014 yang bermesyuarat pada 12 Mac 2014 telah bersetuju supaya satu kajian terperinci dilaksanakan ke atas pengusaha kilang haram yang enggan diputihkan. Kajian tersebut akan dijalankan oleh Department of Urban and Regional Planning, Kulliyah of Architecture and Environmental Design (KAED), International Islamic University Malaysia (UIAM).