Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
63) RAMP MENGHUBUNGKAN PERSIARAN ANGGERIK MALAXIS DAN PERSIARAN ANGGERIK MOKARA KOTA KEMUNING
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah RAMP ini akan dibina, seperti yang telah ternyata dalam plan susun atur MBSA tahun 1996
Berikut adalah kronologi RAMP yang menghubungkan Persiaran Anggerik Malaxis dan Persiaran Anggerik Mokara Kota Kemuning adalah sepertui berikut :
Kelulusan Asal
Pembangunan asal Kota Kemuning ini telah diluluskan pada 15hb. Disember 1995 oleh Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Selangor dan diperakukan oleh Majlis pada 26hb. Disember 1996 dan konsep pembangunan asal kawasan ini telah menunjukkan rezab sambungan laluan daripada Persiaran Anggerik Mokara ke Jalan Anggerik Malaxis dan semasa kelulusan asal tidak menyatakan dengan jelas bentuk cadangan.
Pindaan Penyediaan ‘Ramp’ Susur Keluar/Masuk
Perkara Yang Dipertimbangkan Bagi Pindaan Jalan Susur Keluar/ Masuk.
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat pada 26hb Mei, 2009 telah meluluskan pindaan penyediaan ‘ramp’ susur keluar/masuk tersebut dan pertimbangan telah diberi berdasarkan penilaian terhadap Laporan Kesan Nilaian Lalulintas (TIA) yang disediakan perunding TIA yang telah dilantik oleh pemaju iaitu Perunding KI Intergrated atas pertimbangan bahawa:-
Ulasan KESAS
Perbincangan asal dengan pihak KESAS yang meminta Majlis/pemaju mengkaji semula cadangan jalan susur kerana jarak antara simpang dan lebuhraya KESAS yang dicadangkan adalah terlalu pendek yang boleh menyebabkan ‘que’ yang panjang dilebuhraya.
Majlis telah meminda jalan keluar ke tapak pembangunan Kemuning Utama yang asalnya tiada disebabkan oleh komitmen MBSA kepada pihak pemaju (Tetuan Paramount Sdn Bhd) supaya pihaknya menyumbang bayaran pembinaan 2nd interchange sebanyak RM 5,977,248.69 juta. Pihak pemaju telah menjelaskan bayaran tersebut dengan syarat dia mendapat akses terus ke 1st interchange dan perkara ini telah dimaktubkan dalam perjanjian yang ditandatangani oleh MBSA dan pemaju.
Jajaran Lebuhraya Baru
Penyediaan jalan susur ini akan mengurangkan kelancaran lalulintas memandangkan rezab jalan 200 kaki (Persiaran Anggerik Mokara) ini dirancangkan sebagai jajaran lebuhraya yang menghubungkan Lebuhraya KESAS di utara dan SKVE di selatan yang menyambungkan ke pembangunan Canal City di sempadan Shah Alam dalam kawasan Kuala Langat.
Isipadu Lalu Lintas
Isipadu lalulintas yang berkurangan memandangkan cadangan asal plot cadangan komersial Kota Kemuning telah dipinda kepada cadangan kediaman.
Kedudukan Simpang
- Kedudukan simpang antara cadangan ‘ramp’ yang menghubungkan Persiaran Anggerik Mokara dengan Persiaran Anggerik Malaxis (utara tapak cadangan) dan persimpangan bulatan yang menghubungkan Persiaran Anggerik Mokara dan Persiaran Anggerik Vanilla di selatan tapak adalah terlalu dekat dan hanyalah lebih kurang 300 meter
- Pihak KESAS menyarankan supaya persimpangan baru tidak dibenarkan dan hendaklah diunjurkan sehingga ke bulatan pertama Persiaran Anggerik Mokara.
Kelulusan Pembangunan Kemuning Utama
Majlis juga telah meluluskan laluan susur masuk dan keluar ke pembangunan Kemuning Utama yang juga dihubungkan melalui Persiaran Anggerik Mokara dan cadangan persimpangan keluar/masuk yang dicadangkan membenarkan kenderaan membuat pusingan ‘U’ di bulatan persimpangan Persiaran Anggerik Mokara ke Jalan Anggerik Vanilla.
Jarak Persimpangan
- Jarak persimpangan yang terlalu pendek akan menyumbang kepada kesesakan lalulintas yang disebabkan kenderaan keluar masuk daripada Persiaran Anggerik Mokara untuk ke Persiaran Anggerik Vanilla dan kenderaan yang datang dari arah pembangunan Kemuning Utama untuk ke Jalan Anggerik
- Persiaran Anggerik Mokara merupakan jalan utama ke kawasan pembangunan Kota Kemuning dan Kemuning Utama, jarak persimpangan keluar/masuk yang terlalu hampir dengan kawasan pembangunan yang sibuk boleh merbahayakan pengguna
KRONOLOGI PERMOHONAN/ BANTAHAN PENDUDUK
Bil Tarikh Perkara 1. 23.10.2008 Permohonan Kebenaran Merancang Pindaan Pelan Susunatur Penerimaan permohonan di Jabatan Pusat Setempat bagi Permohonan Kebenaran Merancang Pindaan Pelan Susunatur Cadangan Pindaan Pelan Susunatur Pembangunan Bercampur Di Atas Lot PT.53916, PT.53917, 70853, 70854, PT.54172, PT.111937, PT.99533, Lot 72115, Tapak Sekolah
Bersepadu, Rezab Jalan, Pondok Polis Dan Pejabat Pos, Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam Untuk Tetuan Hicom Gamuda Development Sdn. Bhd
Pindaan yang dikemukakan adalah bagi perkara berikut:-
a) Pindaan 1 Cantuman 2 Plot Perniagaan
: kepada 1 Lot Perniagaan Di Atas PT.53934 Dan PT.126543
b) Pindaan 2 Meminda 89 Unit Pangsapuri Kos
: Tinggi Kepada 24 Unit Kedai/Pejabat (22’x75’) 2-3 Tingkat Di Atas PT.111937
c) Pindaan 3 Meminda 64 unit kedai kos rendah
: (dalam plot perniagaan) kepada Lot Perniagaan Di Atas PT.53916 dan PT.53917
d) Pindaan 4 Meminda 1 Lot Perniagaan Kepada : 32 Unit Kedai Kos Rendah Di Atas PT.54172
e) Pindaan 5 Meminda Lot Perniagaan Terhad
: Kepada 42 unit Kedai Kos Rendah Di Atas PT.99533 dan Lot 72115
f) Pindaan 6 Penyelarasan Semula Tapak
: Sekolah Bersepadu dan Tapak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)
g) Pindaan 7 Pindaan Rezab Jalan Kepada
: Kawasan Rekreasi
23.10.2008 samb…
h) Pindaan 8 Meminda Kegunaan Ruang Lantai
: Pondok Polis dan Pejabat Pos (Institusi) kepada Ruang Lantai Perniagaan
2. 22.12.2008 Arahan Bertulis Arahan bertulis dikeluarkan dengan mensyaratkan kepada pemohon supaya mengemukakan Laporan Kesan Lalulintas (TIA) bagi cadangan meminda Rezab Jalan kepada kawasan rekreasi (Pindaan 7).
3. 10.02.2009 Pengemukaan Laporan TIA Pemohon telah mengemukakan Laporan Kesan Lalulintas untuk dikaji oleh Majlis
4. 18.3.2009 Memo Kepada Jabatan Kejuruteraan Memo dikeluarkan kepada Jabatan Kejuruteraan untuk mendapatkan ulasan bagi Laporan Kesan Lalulintas yang dikemukakan.
5. 30.3.2009 Ulasan Laporan Kajian Kesan Trafik Memo diterima daripada Jabatan Kejuruteraan bagi ulasan terhadap Laporan Kesan Lalulintas yang dikemukakan. Jabatan berkenaan tiada halangan terhadap laporan tersebut. Walau bagaimanapun, sebarang pindaan yang dibuat perlu diselaraskan semula dengan pelan jalan dan perparitan utama bagi kawasan pembangunan berkenaan.
6. 26.5.2009 Pembentangan Permohonan Ke Jawatankuasa Pusat Setempat Cadangan meminda rezab jalan kepada kawasan rekreasi telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat dan diluluskan dengan syarat seperti berikut :-
a) Pemohon dikehendaki menyelaras semula cadangan pindaan tersebut dengan pelan jalan dan pelan perparitan utama berdasarkan keapda Laporan Kajian Kesan Trafik yang dikemukakan. Pelan infrastruktur terperinci hendaklah dikemukakan ke Jabatan Kejuruteraan 7. 17.6.2009 Surat Kelulusan Dasar Surat makluman keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat dikeluarkan kepada pemohon
8. 10.8.2009 Pengemukakan Pelan Untuk Perakuan Majlis Pemohon melalui surat rujukan AJC/094/736 bertarikh 10hb. Ogos 2009 mengemukakan pelan untuk perakuan Majlis.
9. 17.112009 Perakuan Kebenaran Merancang Majlis mengeluarkan Surat Kebenaran Merancang dan memperakukan pelan no. MBSA/PRG/PSA 31-30-09 dengan tapak telah diluluskan sebagai kawasan rekreasi.
10. 21.4.2011 Bantahan Persatuan Penduduk Kota Kemuning Persatuan Penduduk Kota Kemuning melalui Mesyuarat MPP Zon 12 telah memohon mendapatkan maklumbalas daripada Majlis berhubung pindaan rezab jalan (susur keluar dan masuk) yang menyambungkan Persiaran Anggerik Mokara dan Persiaran Anggerik Malaxis yang telah diluluskan.
11. 5.5. 2011 dan 6.6.2011
Surat daripada Persatuan Penduduk Kota Kemuning Surat daripada Persatuan Penduduk Kota Kemuning meminta supaya pembinaan ‘ramp’ susur keluar/masuk tersebut disegerakan.
12. 11.7.2011 – 15.7.2011
Mesyuarat DUN Perkara ini telah dibangkitkan dalam pertanyaan oleh ADUN dalam Mesyuarat DUN lanjutan daripada surat bantahan Persatuan Penduduk Kota Kemuning
13. 6.1.2012 Permohonan Laluan Keluar/ Masuk Ke Pembangunan Canal City Majlis juga telah menerima permohonan daripada Tetuan IJM Land yang bercadang menggunakan Persiaran Anggerik Mokara sebagai laluan keluar/masuk ke fasa pertama pembangunannya (Canal City) yang terdiri daripada 1010 unit kediaman terancang serta pembangunan akan datang yang terdiri daripada 8922 unit kediaman dan 18 plot komersil (berkeluasan antara 9 – 21 ekar/plot).
14. 9.1.2012 Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam Draf Rancangan Tempatan MBSA (Pengubahan 1) 2020 Majlis telah menerima bantahan daripada 180 orang penduduk Kota Kemuning melalui Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RTMBSA (Pengubahan 1) 2020 yang membantah pindaan penyediaan ‘ramp’ susur keluar/masuk dari Persiaran Anggerik Mokara ke Persiaran Anggerik Malaxis kepada kawasan rekreasi tersebut. Bantahan telah dibuat
pendengaran dalam Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam Draf RTMBSA (Pengubahan 1)2020. 15. 13.2.2012 Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor Bil.1/2012 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor bil.1/2012 telah memutuskan rezab ‘ramp’ dikekalkan dan satu kajian lanjut melibatkan LLM, JKR dan MBSA perlu dijalankan untuk keseluruhan sistem lalulintas dan rangkaian jalan kawasan Persiaran Anggerik Mokara tersebut dan rangkaian jalan yang bersambungan dengannya.
16. 18.5.2012 Permohonan Pembinaan ‘Ramp’ Oleh Persatuan Penduduk Kota Kemuning Majlis telah menerima permohonan daripada Persatuan Penduduk Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam bagi pembinaan jejambat untuk meredakan kesesakan sedia ada yang berlaku di bulatan pertama dan Persiaran Anggerik Vanilla akibat daripada peningkatan jumlah kenderaan yang masuk daripada Lebuhraya Shah Alam (KESAS) melalui Persiaran Anggerik Mokara untuk ke pembangunan Kota
Kemuning dan sekitarnya (Pembangunan Bukit Rimau, Berjaya Park, AMJ Bukit Kemuning dan Jalan Kebun).
17. 05.6.12 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor Bil.3/2012 Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Jaafar bin Haji Mohd Atan, Datuk Bandar Shah Alam telah membangkitkan isu di mana terdapat
2 cadangan pembangunan IJM Sdn Bhd dan Permodalan Negeri Selangor Berhad di Daerah Kuala Langat yang akan memberi impak yang besar dari segi lalulintas kepada pembangunan bersebelahan di Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam. Oleh itu, kajian penyuraian trafik perlu dijalankan dan JPBD Negeri Selangor diminta untuk menyelaras dan melihat pembangunan secara keseluruhan bagi pembangunan ini.
18. 27.7.2012 Taklimat Penyuraian Trafik Taklimat penyuraian trafik oleh pemaju terlibat telah diadakan di Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Zaki bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.
19. 9.10.12 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor Bil.5/2012 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor bil.5/2012 bersetuju supaya kos pembinaan Persiaran Anggerik Mokara berjumlah RM29 Juta bukan sahaja ditanggung oleh Tetuan Canal City Construction Sdn Bhd
tetapi oleh pemilik-pemilik tanah yang bercadang membangunkan tanah-tanah mereka disekitar kawasan tersebut. Mesyuarat memutuskan supaya MBSA, MDKL dan JPBD Negeri Selangor mengadakan perbincangan bagi menentukan jumlah sumbangan yang perlu dibayar oleh setiap pemaju yang terlibat dengan pembangunan kawasan tersebut.
-
Huraikan dengan terperinci penjadualan pembinaan RAMP tersebut jika ada.
Majlis melalui Mesyuarat J/K Infrastruktur & Bangunan bil. 9/2013 pada 22 Oktober 2013 telah melantik pihak IKRAM Premier Consulting untuk membuat semkan semula Laporan Kajian Lalulintas dipersimpangan Anggerik Mokara & Anggerik Vanilla Kota Kemuning Seksyen 31. Antara kerja-kerja yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Membuat kerja bancian Lalulintas
- Membuat Kajian Penyuraian Lalulintas sediada
- Membuat Penilaian Prestasi Persimpangan sediada
- Membuat Kajian Kesan Lalulintas dari Pembangunan yang dirancang
- Membuat Cadangan Penyuraian Lalulintas
- Membuat Perbandingan Prestasi Persimpangan
- Membuat Cadangan Penambahbaikan dipersimpangan
- Menyedia Laporan & Pembentangan Kajian
-
Jika tiada, huraikan dengan terperinci sebab-sebabnya
Laporan & pembentangan hasil dari kajian semula lalulintas oleh pihak IKRAM tersebut, dijangka akan dibentangkan dalam Mesyuarat J/K Infrastruktur & Bangunan dalam bulan April 2014 akan