Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

61) OBJEKTIF KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri yakin mencapai objektif penubuhan KHSB?

    Berdasarkan kepada pencapaian semasa KHSB serta perancangan projek yang diatur untuk masa hadapan, Kerajaan Negeri berpendapat bahawa KHSB sekarang berada di landasan yang tepat dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai objektif penubuhan

  2. Sejauh manakah kejayaan objektif KHSB?

    Analisis pendapatan dan keuntungan yang dicatatkan oleh KHSB, seperti di bawah, menunjukkan kejayaan objektif penubuhannya, di mana KHSB secara beransur-ansur mencatat kerugian yang lebih rendah daripada tahun 2010 hingga 2012 seterusnya mencatatkan keuntungan pada tahun

     

    Status

    2003 2004 2005 2006 2007 2008
    RM’Juta RM’Juta RM’Juta RM’Juta RM’Juta RM’Juta
    Pendapatan 142.72 146.49 211.45 251.43 219.12 92.36
    Keuntungan / (Kerugian) (59.24) (79.57) (193.63) 6.67 26.61 (75.53)

     

     

     

     

    Status

    2009 2010 2011 2012 2013
     

     

    RM’Juta

     

     

    RM’Juta

     

     

    RM’Juta

     

     

    RM’Juta

    RM’Juta (“belum

    diaudit”)

    Pendapatan 125.12 209.9 169.74 72.68 34.53
    Keuntungan / (Kerugian) 27.11 (35.06) (29.63) (3.99) 10.68

     

  3. Apakah projek yang membuktikan objektif penubuhannya tercapai dan senaraikan?

    Senarai projek-projek yang telah disiapkan di bawah kendalian KHSB dan anak- anak syarikatnya membuktikan objektif penubuhan KHSB tercapai adalah seperti berikut :-

    • Berikut adalah projek yang masih dijalankan:
     

    No.

     

    Nama Projek

    Nilai Projek (Anggaran)  

    Lokasi

    1 23 Unit Kedai Pejabat Satu Tingkat (ST Square Fasa 2) RM 7.12 Juta Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

     

    • Senarai projek yang telah siap di bawah kendalian KHSB dan anak syarikat bermula dari tarikh penyenaraian KHSB di Bursa Malaysia pada 22 Julai 2003 sehingga sekarang adalah seperti berikut :-

     

     

     

     

    No.

     

     

    Nama Projek

     

     

    Nilai Projek

    Tahun Projek

    Siap

    1 Cadangan pembangunan 300 unit Rumah Kos Rendah bagi peralihan setinggan yang terlibat di dalam projek

    landasan berkembar elektrik di antara

    Unit yang telah siap dan diserahkan kepada “Kementerian Kewangan”

    bernilai RM12.6 juta.

    2003
    2 2047 unit Projek Pembangunan Bercampur dikenali sebagai Bandar

    Armada Putra, Pulau Indah

    RM 243.0 Juta 2004
    3 448 unit Projek Perumahan di kenali sebagai Taman Melawati Jaya, Kuala

    Selangor

    RM 35.6 Juta 2004
    4 106 Unit Projek Perumahan dikenali sebagai Templer Heritage, Templer

    Park, Rawang

    RM 30.0 Juta 2004
    5 6 Unit Rumah Dua Tingkat dan 160 unit Pangsapuri dikenali sebagai

    Astaka Heights, Pandan

    RM 32.0 Juta 2005
    6 473 unit Projek Perumahan dikenali sebagai Templer Suasana, Templer

    Park

    RM 60.0 Juta 2006
    7 91 unit Kedai Pejabat dan 1 unit lot Komersil dikenali sebagai Cyber

    Valley, Dengkil

    Hak Usaha Sama: RM 5.0 juta 2013
    8 42 unit Kedai Pejabat Satu Tingkat dikenali sebagai ST Square Fasa 1,

    Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

    RM 12.0 Juta 2013
    9 301 unit Projek Perumahan dikenali sebagai Warisan Bestari, Sepang Hak Usaha Sama: RM 10.0 Juta 2013

     

Lampiran

Tiada Lampiran.