Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
60) PERUNTUKAN UNTUK PENYELIDIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jumlah peruntukan untuk penyelidikan adalah RM2.8 juta di dalam Perbelanjaan Pembangunan Negeri Selangor 2014 bagi sektor sosial. Apakah rasional kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk penyelidikan?
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk penyelidikan di mana ianya adalah berdasarkan kepada keperluan untuk memperkasakan dasar-dasar kerajaan negeri yang bertujuan untuk menyelaras penyediaan perancangan strategik negeri, menyelaras penyediaan pelan pembangunan negeri, menyediakan laporan ekonomi negeri, menjadi pusat geodata negeri, memantau pelaksanaan pelan pembangunan dan mengumpul serta menerbit maklumat asas
-
Apakah Key Result Area (KRA), Objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam penyelidikan berkaitan pembangunan dan agenda strategik?
Penentuan terhadap Key Result Area (KRA), Objekt if Strategik dan KPI dalam penyelidikan berkaitan pembangunan dan agenda strategik adalah perkara yang subjektif kerana tiada parameter untuk mengukurnya dan ianya adalah berdasarkan kepada keperluan jabatan, agensi ataupun pihak berkuasa Walau bagaimanapun berdasarkan kepada Pelan Strategik 2013-2017 yang telah dirancang oleh kerajaan negeri di mana terdapat beberapa kajian lapangan dan kajian impak dibuat bagi memastikan program atau aktiviti yang dilaksanakan memberikan impak yang positif serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
-
Apakah asas agihan peruntukan kepada badan-badan penyelidikan di Selangor?
Peruntukan penyelidikan yang disediakan adalah berdasarkan kepada keperluan daripada jabatan ataupun agensi kerajaan yang telah diarahkan oleh Kerajaan