Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
53) PENSWASTAAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
PKNS merancang menswastakan pembinaan 944 unit apartment milik untuk tempoh 2014-2020. Mengapakah ada projek dilaksanakan secara penswastaan?
PKNS tidak melaksanakan pembangunan Rumah Mampu Milik secara langsung dengan mana-mana syarikat swasta. Walau bagaimanapun tedapat 2 syarikat di bawah projek penswastaan PKNS yang membina dan menjual kediaman dengan harga dalam lingkungan harga RM42,000 hingga RM220,000.
Rumah Mampu Milik di bawah projek Syarikat Penswastaan PKNS :-
Lokasi Syarikat Penswastaan Bil unit Jenis Kediaman Harga Jualan (seunit) Seksyen U12
Debbin Sdn.
Bhd
104
Pangsapuri 6 Tingkat
89,000 (850 kp)
69,000 (750 kp)
Must Ehsan Sdn. Bhd.
840
Apartment Appartment Type C
Apartment (Type D)
42,000 (700 kp)
180,000 (900
kp) 220,000 (1000
kp)
Jumlah 944 unit
-
Adakah harga unit-unit ini lebih tinggi berbanding yang dibina oleh PKNS?
Harga Jualan adalah selaras dengan Dasar Rumah SelangorKu dan mengikut Jenis kediaman dan Luas
Jenis Bangunan Kediaman Luas Binaan (kp) Harga Jualan (Maksimum) Rumah SelangorKu Jenis A 700 RM 42,000.00 Rumah SelangorKu Jenis B 750 RM100,000.00 Rumah SelangorKu Jenis C
800 RM150,000.00 900 RM180,000.00 18’ x 60’ RM200,000.00 Rumah SelangorKu Jenis D
1,000 RM220,000.00 20’ x 60’ RM250,000.00