Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

51) BALAI RAYA TERBIAR DI TANJUNG KERAMAT KUALA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenapa ianya terus terbiar dan mengalami kerosakan dan kecacatan?

    Premis adalah di bawah pentadbiran Kg Permatang yang terletak jauh daripada balairaya tersebut.

    Dibaikpulih oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor pada tahun 2010 dan 2011 melibatkan penyelenggaraan bangunan, tandas, pembersihan kawasan dan pagar.

    Diserahkan untuk penggunaan Persatuan Belia Tanjung Keramat tetapi persatuan tersebut telah tidak aktif selepas beberapa ketika.

    Memandangkan kedudukan jauh daripada pentadbiran JKKK Kg. Permatang, bangunan telah diceroboh dan dirosakkan (vandalisme) dan sukar untuk dijaga

  2. Sedarkah Kerajaan Negeri ianya telah menjejaskan imej di mata pelancong ke Makam Anak Dara dan Hotel De Palma?

    Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor telah berbincang dengan Majlis Daerah Kuala Selangor dan memandangkan premis tersebut terletak di dalam kawasan operasi Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran premis ini kepada Majlis Daerah Kuala Selangor.

    Penyerahan pentadbiran ini bukan sahaja dapat memastikan penggunaan optimum dan penyelenggaraan yang teratur, bahkan dapat meningkatkan imej kawasan pelancongan berdekatan seperti Makam Anak Dara dan Hotel De Palma Inn

     

  3. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.