Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

33) PKPS LIVESTOCK FARM SDN BHD

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Syarikat PKPS Livestock Farm Sdn Bhd memfokuskan bidang penternakan lembu tenusu dan ayam daging. Nyatakan lokasi ladang dan bilangan ternakan kedua-dua haiwan tersebut tahun 2013-2014?

    Lokasi ladang adalah bertempat di Ladang PKPS Jelutong Jati, KM 41 Jalan Tanjong Malim / Sungai Besar, 44010 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul

    Ternakan Lembu Tenusu

    Bilangan ternakan lembu tenusu tahun 2013 -2014 adalah seperti berikut:

    Butiran 31 Disember 2013

    (ekor)

    Februari 2014

    (ekor)

    Lembu Induk Betina 208 279
    Lembu Induk Penjantan 4 10
    Anak Lembu Betina 124 97
    Anak Lembu Jantan 37 35
    Jumlah Keseluruhan 373 421
    Ternakan Ayam Daging

    Bilangan ternakan ayam daging adalah mengikut pusingan. Setiap tahun sebanyak 6 pusingan dapat dilaksanakan dimana setiap pusingan

    200,000 ekor. Dalam tempoh setahun sebanyak 1,200,000 ekor dapat dikeluarkan.

  2. Nyatakan prestasi dan keuntungan syarikat 2010-2013?

    Prestasi keuntungan syarikat 2010 – 2013 adalah seperti berikut:

    Butiran 2010 2011 2012 2013
    Pendapatan 941,906 1,867,032 2,235,466
    Kos langsung 1,408,975 1,808,164 1,566,640
    Untung kasar (467,069) 58,868 668,826
    Lain-lain pendapatan 41,203 314,328 20,613
    Belanja pentadbiran 672,511 1,516,935 1,571,582
    Untung/(Rugi) (1,098,377) (1,143,739) (882,144)

    Di dalam perancangan 10 tahun, projek ternakan adalah seperti berikut:

    Butiran 2010 2011 2012 2013 2014
    Pendapatan 941,906 1,867,032 2,235,466 2,654,309
    Kos langsung 1,408,975 1,808,164 1,566,640 1,801,982
    Untung kasar (467,069) 58,868 668,826 852,327
    Lain-lain pendapatan 41,203 314,328 20,613 14,200
    Belanja pentadbiran 674,134 1,473,196 1,589,439 1,455,527
    Untung/(Rugi) (1,100,000) (1,100,000) (900,000) (589,000)

     

    Butiran 2015 2016 2017 2018 2019
    Pendapatan 2,854,501 2,997,061 3,098,026 3,317,681 3,509,211
    Kos langsung 1,823,096 1,843,956 1,864,841 1,885,752 1,906,690

     

    Untung kasar 1,021,405 1,153,105 1,233,184 1,431,928 1,602,522
    Lain-lain pendapatan 14,484 14,774 15,069 15,371 15,678
    Belanja pentadbiran 1,462,673 1,482,677 1,498,678 1,515,286 1,535,047
    Untung/(Rugi) (426,784) (314,799) (250,425) (67,987) 83,153
  3. Nyatakan pasaran produk-produk tersebut?

    Pasaran produk-produk tersebut adalah seperti berikut:

    Ternakan Lembu Tenusu

    Semua susu segar yang dikeluarkan dijual kepada Fraser & Neave (F &N) yang beralamat Lot 6, Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Kawasan Perusahaan Shah Alam, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

    Ternakan Ayam Daging

    PKPS Livestock Farm Sdn Bhd telah mengadakan usahasama dengan Charoen Phokphand (M) Sdn Bhd. (CP). CP merupakan sebuah syarikat berasal daripada Thailand yang merupakan pengeluar ayam daging yang terbesar di Asia dan nombor 2 dalam dunia. Semua ayam dipasar terus kepada pihak CP.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.