Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

32) KEWANGAN PELAJAR UNISEL

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sehingga bulan Februari 2014 terdapat rungutan pelajar UNISEL belum menerima bantuan kewangan dari PTPTN. Mengapakah keadaan ini berlaku?

    Prosedur semasa bagi bayaran pinjaman oleh pihak PTPTN adalah selepas pihak universiti (UNISEL) menghantar maklumat keputusan peperiksaan pelajar. Hanya pelajar yang memenuhi syarat kelayakan seperti yang ditetapkan oleh pihak PTPTN akan menerima bantuan kewangan bagi semester tersebut. Bagi pelajar-pelajar yang dimaksudkan iaitu, pelajar-pelajar lama, keputusan peperiksaan mereka telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat yang bersidang pada 22 Januari 2014. Berdasarkan jadual yang dipersetujui oleh pihak PTPTN dan UNISEL, keputusan peperiksaan sepatutnya dihantar pada 15 Februari 2014. Walau bagaimanapun, pihak UNISEL telah mengambil inisiatif untuk menghantar lebih awal iaitu pada 5 Februari 2014. Pihak PTPTN telah meluluskan bayaran pada 24 Februari 2014 dan bayaran telah diterima pada 04 Mac

  2. Berapakah jumlah pelajar dan jumlah pinjaman mereka ?

    Seramai 5,141 orang pelajar yang dibiayai oleh pinjaman PTPTN dan jumlah pinjaman mereka adalah sebanyak RM16,092,717.87 yang merangkumi bayaran yuran pengajian sahaja.

  3. Apakah langkah UNISEL untuk membantu pelajar yang terbabit?

    Unisel sentiasa memastikan kebajikan pelajar-pelajar diutamakan. Yang mana di dalam perkara ini, pihak Unisel telah memberi kelonggaran untuk pelajar-pelajar yang dibiayai oleh PTPTN untuk mendaftarkan diri bagi semester baru dan diberi kebenaran menduduki peperiksaan walaupun masih mempunyai tunggakan. Langkah-langkah lain adalah seperti membantu sebagai perantara untuk melancarkan proses permohonan pembiayaan pelajar dengan pihak

     

Lampiran

Tiada Lampiran.