Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

31) PERANCANGAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. PKNS merancang membina 18,037 unit rumah mampu milik pada 2014- 2020. Berapakah jumlah kos pelaburan untuk pembinaan unit-unit tersebut?

    Kos pembinaan Rumah Mampu Milik bergantung kepada beberapa faktor seperti luas lantai, bilangan tempat letak kereta (TLK), jumlah kemudahan awam yang disediakan dan kemudahan infrastruktur yang perlu disediakan di kawasan

    Secara kasar bagi pembangunan pangsapuri berserta lift dengan penyediaan TLK bertingkat, penyediaan fasiliti ( pejabat MC,  surau, tadika & kedai komuniti) kos bangunan sahaja adalah sebanyak RM250.00 skp. Oleh itu kos pembinaan bagi luas lantai 800 kps adalah RM200,000.00 seunit. Kos ini tidak termasuk kos infrastruktur dan kos tanah.

  2. Berapa peratuskah sasaran pemilikan rumah untuk golongan Bumiputera?

    Urusan pendaftaran dan pemilihan pembeli yang layak dibuat sepenuhnya oleh

    Sasaran pemilikan Rumah Selangorku yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri adalah sekurang-kurangnya 70% bagi setiap projek.

  3. Adakah PKNS membuat kajian keperluan untuk menetapkan jumlah unit, jenis dan lokasi pembinaannya?

    PKNS menjalankan kajian bagi mendapatkan maklumbalas pembeli bagi menetapkan jumlah unit, jenis dan lokasi projek. Selain kajian yang dibuat oleh Perunding Professional, soal selidik juga turut dimuatkan di laman web Rumah Mampu Milik PKNS, iDaman

     

Lampiran

Tiada Lampiran.