Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

28) PERJANJIAN PERSEFAHAMAN AIR SELANGOR (MOU)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah tindakan menandatangani Perjanjian Persefahaman Air Selangor (MOU) dengan kerajaan Pusat pada 26 Februari 2014, adalah ÔTEPATÕ?

    Dengan mengambil kira mandat yang diberikan oleh rakyat Negeri Selangor dan dalam usaha untuk merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa meletakkan kepentingan rakyat Negeri Selangor yang juga merupakan pengguna perkhidmatan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai agenda utama di dalam apa jua tindakan yang dibuat berkaitan industri perkhidmatan

    Hasrat utama Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan penstrukturan ini adalah untuk memastikan pengguna di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat perkhidmatan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemampanannya di samping mencapai tarif air munasabah yang tidak membebankan rakyat keseluruhannya

    Langkah untuk menyusun semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor adalah selaras dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air ke arah satu perkhidmatan yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan.

    Industri perkhidmatan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dibelenggu dengan pelbagai isu dan masalah operasi, antaranya kadar NRW yang tinggi, perbelanjaan CAPEX SYABAS yang melebihi anggaran yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Konsesi, kadar tarif yang membebankan pengguna dan lain-lain masalah hingga menjejaskan perkhidmatan kepada pengguna. Matlamat utama

    Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air ke arah satu industri yang holistik, efisien, efektif, berdaya saing dan mampan adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Persekutuan yang menyedari bahawa bekalan air adalah keperluan asas yang perlu dibekalkan kepada setiap pengguna tanpa mengira fahaman politik;

    Kerajaan Negeri Selangor menekankan sebagai keperluan asas, perkhidmatan air perlu diuruskan dengan mementingkan ketelusan, akauntabiliti, efisien dan tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Pengurusan air yang efisien dan berdaya maju hanya boleh dicapai melalui operator yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri dan bukannya melalui syarikat persendirian yang mementingkan keuntungan sebagai matlamat utamanya.

    Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Penang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

    Keputusan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan Model Holistik telah bermula seawal tahun 2007 lagi di mana Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 21/2007 yang bersidang pada 11 Julai 2007, telah bersetuju dengan penyusunan semula Pemegang Konsesi Air Selangor di bawah satu konsortium yang akan diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

    Selanjutnya Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) melalui surat bertarikh 11 Februari 2008 telah memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Januari 2008 telah menimbangkan dan memutuskan:-

    1. supaya KDEB mengambil alih operasi dan penyelengggaraan bagi rawatan dan pembekalan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk Loji Langat 2; dan
    2. supaya Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dalam melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya secara holistik. KDEB akan menjadi peneraju utama dalam konsortium

    Beberapa perbincangan telah dibuat di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan melalui KTTHA untuk memuktamadkan penstrukturan ini, namun hingga hari ini, penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor masih belum dapat dimuktamadkan.

    Kerajaan Negeri Selangor telah bersungguh-sungguh dalam membuat beberapa tawaran pengambilalihan syarikat Pemegang Konsesi Air semenjak tahun 2009 hingga akhirnya tahun 2013, namun tawaran- tawaran tersebut ditolak secara langsung atau bersyarat oleh Pemegang Konsesi Air.

    Tambahan pula, sepanjang tahun 2008 hingga 2012, Kerajaan Persekutuan sentiasa menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor hendaklah menyelesaikan apa-apa isu pengambilalihan syarikat konsesi air melalui transaksi komersial willing buyer willing seller tanpa penglibatan Kerajaan Persekutuan, walaupun tanggung jawab mengenai perkhidmatan dan bekalan air telah diletakkan bersama kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di bawah Perlembagaan Malaysia melalui pindaan Perlembagaan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) 2005 yang memindahkan perkhidmatan dan bekalan air dari Senarai Negeri kepada Senarai Bersama di bawah Senarai Perundangan, Perlembagaan Persekutuan.

    Kerajaan Negeri Selangor setakat 31 Disember 2013 tidak berupaya untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor berdasarkan konsesi willing seller willing buyer. Ketidakupayaan Kerajaan Negeri Selangor di dalam memuktamadkan penstrukturan tersebut adalah berpunca dari kerakusan Syarikat Pemegang Konsesi Air menetapkan harga pengambilalihan yang melampau.

    Dalam menentukan nilai yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi air sedia ada, Kerajaan Negeri Selangor amat menitik beratkan kepentingan pengguna dan pada masa yang sama tidak merugikan mana-mana pihak. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor berpegang kepada prinsip Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang telah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat pada 30 Jun 2008 seperti berikut:-

    “Kementerian ini amat peka kepada implikasi dan kesan pengambilalihan aset dan tanggungan pada harga yang tinggi dan tidak kos efektif. Ia  akan menyebabkan kadar sewa pajak yang tinggi dan yang akhirnya akan turut dirasai oleh pengguna melalui kadar tarif air yang tinggi. Oleh yang demikian, kementerian ini akan memastikan keadaan tersebut tidak berlaku semasa proses pengambilalihan aset dan tanggungan air terutamanya yang melibatkan syarikat konsesi air.”

     

    Dalam proses untuk mengambil alih  semula perkhidmatan bekalan air dari Pemegang Konsesi untuk diuruskan oleh Kerajaan Negeri sepenuhnya, ia perlu melalui proses deprivatisation yang  akan melibatkan banyak pihak. Deprivatisation akan menjurus kepada penamatan perjanjian konsesi sedia ada. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang- undang yang boleh memperuntukkan pengambilan  atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.

    Oleh yang demikian, dalam melaksanakan pengambilalihan semula perkhidmatan bekalan air dari Pemegang Konsesi, Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian di mana sejumlah pampasan perlu untuk disediakan untuk dibayar kepada Pemegang Konsesi. Sekiranya Pemegang Konsesi tidak dibayar pampasan yang setimpal, perkara ini boleh mendedahkan Kerajaan Negeri kepada tindakan undang-undang dan pada masa yang sama Kerajaan Negeri boleh dianggap bertindak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

    Kaedah penetapan nilai bagi mengambil alih syarikat pemegang konsesi air adalah berdasarkan fair market value dengan pulangan 12% ke atas pelaburan yang telah dibuat. Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa adalah tidak wajar untuk membayar pampasan yang terlampau tinggi dan over price kepada pemegang saham syarikat konsesi air memandangkan syarikat-syarikat ini telah beroperasi sehingga berjaya mengaut pulangan modal serta mencapai jangkaan keuntungan shareholders IRR dalam bentuk pembayaran dividen. Namun, sekiranya syarikat konsesi ini masih tidak mempertikaikan nilai pampasan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor, mereka boleh merujuk isu pampasan tersebut untuk diputuskan oleh Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa, di mana Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mematuhi apa jua keputusan yang dibuat oleh Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa tersebut.

    Kerajaan Negeri adalah tidak berupaya untuk memberikan nilai yang melebihi apa yang telah ditawarkan. Tambahan pula sebarang nilai yang melebihi nilai yang telah ditawarkan akan memberikan kesan yang banyak kepada Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor seperti kadar sewa pajakan dengan PAAB yang tinggi yang akhirnya akan memberi kesan kepada kos operasi yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna dalam bentuk tarif yang tinggi. Keadaan ini adalah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam mencapai Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

    Namun demikian, melalui surat bertarikh 09 September 2013 dari YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor akan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 28 Ogos 2013 yang telah membuat keputusan antaranya:-

    “urusan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air perlu diselesaikan sendiri oleh Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat-syarikat konsesi air dalam tempoh 3 bulan. Sekiranya ia masih tidak dapat diselesaikan, Kerajaan persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mempertimbangkan tindakan atas dasar kepentingan negara mengikut Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (Akta 655) bermula 01 Januari 2014.

    Berdasarkan kepada keputusan Jemaah menteri tersebut, Kerajaan Negeri Selangor akhirnya pada 31 Disember 2013, menyerahkan kepada budi bicara Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air bagi menguatkusakan peruntukan Seskyen 114 di bawah Akta 655 bagi mengambil alih syarikat konsesi air itu.

    Sekiranya penstrukturan semula ini tidak dapat dimuktamadkan sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor, maka industri perkhidmatan air sedia ada akan dibebankan dengan masalah- masalah utama yang akhirnya boleh merugikan rakyat dan menjejaskan operasi industri itu. Antara masalah utama yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

    • kekangan aliran tunai yang dihadapi oleh SYABAS hingga menyebabkan SYABAS berada dalam keadaan keberhutangan yang sangat meruncing dan boleh menyebabkan kegagalan dalam membayar harga pembelian air dengan penuh kepada Operator Rawatan Air di mana ini mengakibatkan SYABAS mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM5.0 billion yang akan terus meningkat;
    • kekangan aliran tunai SYABAS telah menyebabkan bayaran separa 42% dibayar kepada Operator Rawatan Air yang sekali gus turut menjejaskan aliran tunai Operator Rawatan Air yang mana jika tidak diatasi boleh menjejaskan operasi;
    • SYABAS tidak berjaya di dalam memenuhi obligasi di bawah Perjanjian Konsesi dalam mencapai sasaran pengurangan Non Revenue Water (NRW) sebanyak 20% seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Konsesi walaupun SYABAS telah diberikan bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan untuk menangani
    • Keadaan industri yang tidak holistik akan terus menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang sangat tinggi seperti kadar Bulk Supply Rate (BSR), Fixed Monthly Payment (FMP), kos

    yang mana semua kos ini akan dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi lagi membebankan.

    Pindaan Perlembagaan pada tahun 2005 telah meletakkan air di bawah Senarai 111- Senarai Bersama. Melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) telah diperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif berkenaan dengan segala perkara berhubungan dengan sistem bekalan air dan perkhidmatan air di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah- wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

    Justeru itu, kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa pindaan ke atas Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2005 tersebut dengan memasukkan bekalan air dan perkhidmatan di bawah Senarai Bersama tidak membawa maksud bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih sepenuhnya urusan berkaitan bekalan air daripada bidang kuasa Kerajaan Negeri sehingga berlakunya federalization of water industry, sebaliknya pindaan Perlembagaan tersebut telah memberi mandat bahawa industri perkhidmatan air perlu diuruskan secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

    Berdasarkan kepada pemahaman bahawa industri perkhidmatan air perlu diuruskan secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, maka dalam usaha untuk menyelesaikan semua kemelut yang dihadapi dalam industri perkhidmatan air di Negeri Selangor dan bagi mengelakkan keburukan yang lebih besar lagi menimpa industri ini, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan Malaysia pada 26 Februari 2014.

    Memorandum Persefahaman ini adalah sebagai langkah pertama menuju ke arah kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dalam memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air sedangkan sebelum ini Kerajaan Persekutuan melepaskan semua urusan tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor.

    Melalui kerjasama ini, Kerajaan Persekutuan melalui YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air boleh menguatkuasakan peruntukan di dalam Akta 655 khususnya dalam memuktamadkan penstrukturan industri perkhidmatan air di Negeri Selangor. Di samping itu, melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pula telah dipersetujui supaya suntikan modal sebanyak RM2.0 bilion diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam menanggung ekuiti yang perlu dibayar kepada syarikat Pemegang Konsesi Air.

     

  2. Adakah harga tarif air akan naik?

    Keadaan industri perkhidmatan air sedia ada yang tidak holistik ini telah menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang

    Kos operasi dalam merawat air mentah untuk dijadikan air terawat oleh operator rawatan air perlu ditanggung oleh SYABAS dalam bentuk Kadar Air Pukal (Bulk Supply Rate) di mana dalam pengiraan kadar ini turut memasukkan kadar Fixed Monthly Payment di mana kadar Air Pukal dan Fix Monthly Payment ini meningkat setiap tahun sepanjang tempoh Konsesi Operator Rawatan Air berkuat kuasa.

    Kos-kos ini telah menyumbang kepada tarif air yang tinggi dan perlu disemak setiap tiga (3) tahun sekali sepanjang Perjanjian Konsesi SYABAS berkuat kuasa dan kenaikan tarif ini dapat dilihat seperti jadual  di bawah:-

    Pelarasan Tarif Tarikh Pelarasan Tarif Average Schedule Tariff (RM/mᵌ)
    Pelarasan Pertama 01 Januari 2006 1.39
    Pelarasan Kedua 01 Januari 2009 1.90
    Pelarasan Ketiga 01 Januari 2012 2.38
    Pelarasan Keempat 01 Januari 2015 2.86
    Pelarasan Kelima 01 Januari 2018 3.15
    Pelarasan Keenam 01 Januari 2021 3.31
    Pelarasan Ketujuh 01 Januari 2024 3.48
    Pelarasan Kelapan 01 Januari 2027 3.65
    Pelarasan Kesembilan 01 Januari 2030 3.83

    Selain dari peningkatan tarif disebabkan oleh kos harga air terawat yang ditetapkan oleh Operator Rawatan Air melalui Kadar Air Pukal dan Fixed Monthly Payment, peningkatan kos operasi dan Perbelanjaan Modal (Capital Expenditure (CAPEX)) di dalam SYABAS juga menyumbang kepada peningkatan tarif yang ditanggung oleh pengguna.

    Dalam usaha untuk melindungi rakyat sebagai pengguna utama industri perkhidmatan air, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk tidak bersetuju dengan sebarang pelarasan tarif yang dipohon oleh SYABAS. Pelarasan Tarif purata air terawat pertama telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2006 dan berkuat kuasa mulai 1 November 2006 di mana kadar tarif yang diguna pakai sehingga hari ini adalah berdasarkan kepada kadar yang diluluskan pada tahun 2006 tersebut.

    Pelarasan tarif kedua yang sepatutnya berkuatkuasa bermula pada 01 Januari 2009 hingga 31 December 2011, namun Kerajaan Negeri Selangor dalam merealisasikan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingan rakyat adalah merupakan keutamaan di dalam setiap perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan  Negeri Selangor termasuk di dalam perkhidmatan air,  maka Kerajaan Negeri tidak bersetuju untuk menguatkuasakan sebarang pelarasan tarif.

    Lanjutan dari tiada sebarang kenaikan tarif seperti yang dijadualkan pada tahun 2009, SYABAS telah memulakan tindakan mahkamah bagi menuntut pampasan kerana ketiadaan kenaikan kadar tarif baru. Kes tersebut masih dalam tindakan mahkamah dan belum ada sebarang keputusan ke atas tuntutan SYABAS tersebut.

    Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor telah meneliti setiap aspek di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS, sekiranya Perjanjian Konsesi SYABAS ini diteruskan berkuatkuasa sehingga tahun 2034, maka Kerajaan Negeri tidak mempunyai kawalan secara langsung ke atas pelarasan tarif oleh SYABAS.

    Mengikut peruntukkan di bawah Perjanjian Konsesi SYABAS, bermula pada 01 Januari 2015, pelarasan tarif dengan kadar tarif purata sebanyak RM2.86 setiap meter padu dan pada tahun 2018 dengan kadar tarif purata sebanyak RM3.15 setiap meter padu. Sekiranya perjanjian konsesi SYABAS ini diteruskan, pada tahun 2030 kadar tarif purata yang bakal dibayar oleh pengguna Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak RM3.83 setip meter padu.

    Usaha dan matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor adalah bertujuan semata-mata untuk memastikan kepentingan rakyat terjamin.

    Kesemua operator rawatan air dan operator agihan yang ada pada ketika ini adalah merupakan syarikat swasta yang mana  bagi syarikat swasta keuntungan merupakan matlamat utama di dalam setiap perniagaan. Dalam kerakusan mengejar matlamat mengaut keuntungan bagi mengayakan segelintir kapitalis, kepentingan pengguna perkhidmatan air yang merupakan rakyat Negeri  Selangor tidak diutamakan.

    Keadaan ini berbeza sekiranya pengurusan industri perkhidmatan  air berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang mana keuntungan bukanlah matlamat utama. Sebaliknya dalam merealisasikan matlamat Merakyatkan Ekonomi Selangor dan meneruskan pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna, Kerajaan Negeri Selangor mengutamakan rakyat

    mendapat perkhidmatan air yang effisien disamping membayar  harga perkhidmatan dalam bentuk tarif yang munasabah.

    Oleh sebab terdapat jurang perbezaan di dalam matlamat syarikat swasta dan  Kerajaan Negeri Selangor di dalam memberikan perkhidmatan bekalan air yang efisien, jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor.

    Justeru itu, dengan menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut, YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, semakan ke atas semua terma dan syarat dalam perjanjian konsesi air sedia ada boleh dibuat melalui kawal selia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air, 2006 (Akta 655). Dengan kaedah ini, kawal selia oleh SPAN boleh memastikan hanya one time profit di kenakan oleh operator rawatan air dan operator agihan yang mana keuntungan yang akan dijana adalah tidak melampaui.

    Dengan keuntungan yang tidak melampaui, kadar tarif yang munasabah dapat dikekalkan. Kenaikan tarif di dalam operasi memang tidak dapat dihalang berikutan dengan kenaikan kos bahan mentah dan kos operasi, namun kenaikan tarif tersebut akan dipastikan munasabah.

    Selain dari itu, melalui kawal selia oleh SPAN juga boleh mengekang pemindahan harga (transfer pricing) di mana setiap kos yang dibelanjakan oleh operator akan dipantau langsung oleh mekanisme yang diperuntukkan di bawah Akta 655 dan kawal selia ini dapat memastikan kos operasi yang tidak membebankan oleh setiap operator air. Operator- operator yang dikawal selia oleh SPAN tidak akan dibebani dengan terma pembelian minima atau caj kapasiti yang tinggi. Ini dapat memastikan kadar tarif munasabah dapat dicapai.

  3. Adakah 'SAHAM AIR' yang diwar-warkan oleh kerajaan akan menjadi kenyataan?

    Pendirian Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor kekal tidak berubah walaupun Memorandum Persefahaman telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan pada 26 Februari

    Kerajaan Negeri Selangor akan terus melaksanakan rancangan pemberian pegangan saham air kepada rakyat Negeri Selangor sekiranya penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimuktamadkan.

    Namun demikian, nilai dan mekanisme pemberian saham air kepada rakyat akan diperhalusi setelah penstrukturan semula dimuktamadkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.