Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
27) PROGRAM WANITA TAHUN 2014
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan program baru yang ditawarkan kepada Wanita dalam tahun 2014
Pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan dalam memberdayakan wanita Selangor setiap tahun. Bagi tahun 2014, program-program baru yang ditawarkan kepada golongan wanita adalah seperti berikut :
Program/Aktiviti Sasaran Justifikasi Program Advokasi
Remaja Perempuan
Memberi pendedahan, kesedaran dan ruang perbincangan tentang sesuatu isu berkaitan golongan remaja perempuan.
Konvensyen Kepimpinan Wanita
Wanita Muda
Memberi ruang penghargaan kepada golongan wanita muda menyerlahkan bakat kepimpinan golongan wanita muda.
Sukan Wanita
Semua Golongan Wanita
Mempromosi sukan bagi tujuan kesihatan golongan wanita.
Perancangan tahunan untuk program Wanita bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:-
BIL PERANCANGAN BUTIRAN
PROJEK / AKTIVITI SASARAN 1.
Pusat Wanita Berdaya (PWB) 12 permohonan 2.
Kursus Kemahiran Jangka Pendek
10 sesi
8/2 – Bengkel Masakan 22/2 – Canting Batik 1/3 – Kecantikan
22/3 – Pottery 19/4 – Jahitan
26/4 – Kitar Semula 3/5 – Jahitan
7/6 – Masakan
30 orang / sesi
3.
Program Pemberdayaan Ekonomi Hawa 2 kali
1. PWB MART 2. PET SOHO 4.
Program Advokasi
3 kali
1. Kempen Kesihatan Reproduksi (Remaja Perempuan)
2. Kempen Advokasi Gender – Hormat Wanita (Wanita) 3. Pendemokrasian (Wanita) BIL PERANCANGAN BUTIRAN
PROJEK / AKTIVITI SASARAN 5.
Konvensyen Wanita
2 kali
1. Karnival Wanita Muda
2. Konvensyen Kepimpinan Wanita 6.
Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Selangor
3 kali
1. Pra Pelancaran Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor
2. Sambutan Hari Wanita – Women’s marathon 15/3
3. Sempena Hari Ibu – 11/5 (Cabaran Ibu Muda) 7.
Program Kempen Kesedaran Keganasan Wanita
4 fokus
1. Women’s Against Crime (WAC)
2. OSCC – 25/11 Hari Anti Keganasan Wanita 3. Klinik Guaman 4. MAPMAS 8.
Program Kempen Wanita Selangor Sihat
2 kali
1. Kempen Gaya Hidup Wanita Sihat 2. Hari Kanser Sedunia – 4/2 BIL PERANCANGAN BUTIRAN
PROJEK / AKTIVITI SASARAN 9.
Program Ramah Mesra Exco Bersama Wanita
3 kali
1. Sepanjang Bulan Ramadhan
2. Widow’s Day (23/6) – Ibu Tunggal 3. Hari Wanita Desa – 15/10 10.
Sukan Wanita
2 kali
1. Liga Bola Jaring
2. Hari Sukan Wanita Selangor 11.
Lawatan Dalam & Luar Negara
2 kali
1. Dalam Negeri
2. Luar Negara -
Sila kemukakan jadual pelaksanaan atau perancangan tahunan untuk program Wanita tahun 2014
- Untuk makluman ahli Yang Berhormat, pengwujudan Pusat Asuhan Kanak-kanak adalah tidak dilaksanakan secara terus di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Namun begitu, bagi kemudahan kakitangan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah taska yang terletak di Seksyen 4, Shah
Begitu juga dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana taska- taska diwujudkan adalah merupakan inisiatif PBT bagi memudahkan kakitangan PBT menempatkan anak-anak mereka disepanjang tempoh waktu bekerja dengan menggunakan peruntukkan sedia ada di setiap PBT berkenaan. Diantara PBT yang menubuhkan taska di bawah seliaan pihak PBT adalah seperti berikut:-
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) :
- Di Bangunan Wisma MBSA ; dan
- Tadika Quarters, No. 6, Jalan Hakisan, Seksyen 8, Shah
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) :
- Pusat Perkembangan Minda Kanak-kanak, No 31, Jalan Pechala, Petaling
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) :
- Taska Pusat Perkembangan Kanak-kanak, Kompleks 3C, Bandar Sunway ;
- Taska USJ 3 ; dan Taska Quarters Permata Sri, Pusat Bandar
- Majlis Perbandaran Klang (MPK) :
- Pusat Jagaan Kanak-kanak MPK, Jalan Tengku Kelana,
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Taska Permata Bunga Tanjung, Taman
- Majlis Perbandaran Selayang :
- Pusat Jagaan Kanak-kanak, Bangunan Lama,
- Majlis Perbandaran Sepang :
- Taska Di Sayang, Majlis Perbandaran Sepang, Persiaran Semarak Api,
- Majlis Perbadaran Kajang (MPKj) :
- Taska MPKj, Tingkat G, Menara MPKj,
- Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) :
- 10 dan No. 12, Taska MDHS, Pangsapuri Kasturi, Jalan Hamzah, Kuala Kubu Bharu.
- Bagi Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan Majlis Daerah Sabak Bernam, tiada taska yang
Kerajaan Negeri Selangor amat mengalu-alukan dan menggalakkan setiap jabatan kerajaan menubuhkan taska di bawah jabatan masing- masing sebagai kemudahan kakitangan menghantar anak-anak mereka semasa tempoh waktu bekerja dengan mengambil kira kawasan dan ruang serta peruntukan kewangan yang mencukupi untuk menampung pelbagai kos pembinaan taska berkenaan.
-
Sila kemukakan senarai lengkap bangunan Kerajaan Negeri yang dilengkapi dengan bilik asuhan dan yang tidak dilengkapi dengan bilik asuhan.