Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

25) PEMBINAAN ÒWATER FRONTÓ DI TEBING SUNGAI SELANGOR DI SEBELAH PADANG AWAM, PEKAN KUALA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sedarkah Kerajaan Negeri di sebelah malam, Pekan Lama Kuala Selangor sunyi sepi?

    Keadaan di Pekan Lama, Kuala Selangor tidaklah sunyi sepi seperti yang digambarkan. Masih ada aktiviti biasa di waktu malam berikutan adanya restoran dan gerai makan yang beroperasi hingga lewat malam. Terdapat juga sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam yang menghidupkan suasana malam di situ. Namun, keadaannya tidaklah seperti di kawasan perniagaan di pekan baharu.

  2. Apakah tiada cadangan untuk menukar suasana berkenaan?

    Pihak Majlis telah memasang lampu jalan di sekitar Pekan Lama Kuala Selangor selaras dengan Langkah Pencahayaan berdasarkan Program Bandar

  3. Adalah dicadangkan pembinaan ÒWater FrontÓ di kawsan tersebut untuk meningkatkan kehadiran pelancong luar dan tempatan serta dapat meningkatkan pendapatan ekonomi kepada peniaga-peniaga

    Berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor, telah dicadangkan projek water front untuk tujuan tarikan pelancongan. Walaubagaimanapun pembinaan dan pelaksanaan adalah tertakluk kepada keupayaan peruntukan kewangan Majlis ataupun penyaluran kewangan dari pihak Negeri mahupun

     

Lampiran

Tiada Lampiran.