Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

24) PENCEMARAN AMMONIA SUNGAI LANGAT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah pihak yang bertanggungjawab menjaga sumber air sungai negeri dari tercemar?

    Memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan penjagaan sumber

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) adalah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam penjagaan sumber air di Negeri Selangor. Setiap kes pencemaran adalah diberi perhatian dan tindakan segera supaya ianya tidak menjejaskan keperluan semua sektor.

    Terdapat juga beberapa aktiviti yang mana ia adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, iaitu kawalan pencemaran terhadap aktiviti perindustrian dan efluen loji rawatan kumbahan (Sewerage Treatment Plant, STP).

  2. Apakah pihak ini mempunyai pasukan pemantau dan penguatkuasa dan pelan tindakan?

    Dalam usaha penjagaan dan pemuliharaan sumber air, pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dijalankan melalui jawatankuasa- jawatankuasa yang telah ditubuhkan iaitu :

    • Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai, yang dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri,
    • Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langat dan Lembangan Sungai Selangor, yang dipengerusikan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS); dan
    • Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air, yang dipengerusikan oleh EXCO Pelancongan dan Alam
    • Sejumlah pelan tindakan telah dibangunkan dalam merancang dan mengatur strategi-strategi dan langkah-langkah yang perlu diambil ke arah penjagaan sumber air yang holistik dan bersepadu. Antaranya :
    1. Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu,
    2. Pelan Pengezonan Guna Pantai Bersepadu,
    3. Manual Pelan Tindakan Menangani Tumpahan Minyak Dan Bahan Pencemar Ke Dalam Sumber Air,
    4. Pewartaan rizab sungai di bawah Seksyen 48 Enakmen LUAS 1999 sebagai Zon Perlindungan, dan
    5. Pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012 terhadap aktiviti-aktiviti berjadual yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran, selaras Seksyen 79 Enakmen LUAS
  3. Apakah peruntukan akta untuk membanteras masalah ini?

    Antara faktor utama masalah pencemaran ammonia ini adalah kerana penurunan paras air sungai yang disebabkan oleh kadar hujan yang rendah di sekitar kawasan tadahan Sungai Langat. Ini menyebabkan kadar pencairan (dilution) berkurangan di sungai dan telah meningkatkan kadar kepekatan

    LUAS selaku urusetia Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor bersama agensi-agensi kerajaan berkaitan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah menjalankan siasatan tapak bersepadu bagi mengenalpasti punca-punca yang berpotensi menyebabkan pencemaran tersebut bermula pada 28 Januari 2014.

    Semakan yang dijalankan oleh pihak SPAN, JAS dan IWK di semua STP awam dan persendirian mendapati kualiti pelepasan adalah mematuhi had piawaian yang telah ditetapkan. Namun, terdapat konflik antara kualiti pelepasan efluen daripada STP dan kualiti air mentah untuk keperluan Loji Pembersihan Air (LPA).

    Dalam kes peningkatan ammonia di Sungai Langat ini, tiada tindakan penguatkankuasaan di ambil kerana tiada kesalahan ke atas pelepasan kadar ammonia ke dalam sumber air. Faktor utama adalah kekurangan kadar pencairan di dalam Sungai Langat akibat kurang hujan diterima semenjak akhir bulan Januari 2014.

    Namun jika terdapat kesalahan, penguatkuasaan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab melakukan pencemaran sungai boleh diambil antaranya melalui;

    1. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655),
    2. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturannya,
    3. Enakmen LUAS 1999 dan Peraturan-peraturannya, dan
    4. Akta Kerajaan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.