Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

22) PROJEK BOT BANGUNAN YAYASAN SELANGOR, BUKIT BINTANG

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek tersebut?

    Menunggu keputusan Lembaga Tender Yayasan Selangor dan kelulusan dari Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor untuk melantik Pemaju yang telah dikenal pasti melalui tender terbuka dan dicadangkan oleh Jawatankuasa Penilaian Tender Yayasan Selangor

    Butiran Tawaran oleh Pemaju yang telah dicadangkan:

    1. Tempoh Pajakan: 30 Tahun
    2. Kos Pembangunan Kasar (GDC): RM49.78 juta
    3. Pulangan kepada Yayasan Selangor
    4. Semasa pembinaan (12 bulan) @ RM550,000: RM6.60 juta
    5. Semasa operasi (29 tahun) @RM660,000.00 dengan kenaikan kadar sebanyak 1.0% setiap tahun: RM353.613 juta
    6. Jumlah pulangan kepada Yayasan Selangor: RM360.213 juta
    7. Purata pulangan setahun: RM12.007 juta
  2. Apakah projek ini memberi manfaat kepada usahawan Bumiputera?

    Manfaat kepada Bumiputra:

    1. Pemaju yang telah dicadangkan adalah 100% milik Bumiputra
    2. Pemaju telah memberi komitmen untuk memberi keutamaan kepadapengusaha Bumiputera sebagai penyewa (sub-tenant)
    3. Pemaju akan menyediakan “surau Jumaat” di bangunan ini

Lampiran

Tiada Lampiran.