Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

14) PERUNTUKAN UNTUK SEKTOR PERTANIAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jumlah peruntukan untuk sektor pertanian sebanyak RM17.8 juta di dalam Perbelanjaan Pembangunan Negeri Selangor 2014 bagi sektor sosial. Apakah rasional kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM17.8 juta untuk sektor pertanian?

    Untuk Program Pembangunan Pertanian di Negeri Selangor, peruntukkan yang telah ditetapkan dan 2014 dalah seperti berikut:

    Jumlah Keseluruhan Peruntukan Pembangunan Jabatan Pertanian Negeri Selangor

    Tahun Pembangunan (RM) Mengurus (RM)
    2014 10,000,000 19,963,754

     Rasional peruntukkan tersebut diagihkan adalah untuk menyokong program- program Jabatan untuk membangunkan petani di Selangor seperti berikut.:

    1. Pembangunan Taman Agroteknologi
    2. Pembangunan Tanaman Makanan (Buah, Sayur, Padi dan Kelapa)
    3. Pembangunan Tanaman Industri (Umbisi dan Nanas)
    4. Pembangunan Industri Bunga dan Tanaman Hiasan
    5. Pembangunan Industri Asas Tani
    6. Pembangunan Pusat-pusat Teknologi Pertanian
    7. Pengurusan Perosak Bersepadu
    8. Memajukan Kompleks Pertanian
    9. Pembangunan Agropelancongan
    10. Pembangunan Pertanian Bersepadu (Intergrasi Tanaman, Cendawan, Herba dan Lebah)
    11. Pembangunan Teknologi Maklumat (Laman Web dan Kaji Selidik Pertanian)
    12. Perkhidmatan Pengembangan dan Perundingan (Khidmat Nasihat, Kursus, Seminar)
    13. Program Pengurusan Tanah Bermasalah
    14. Pembangunan/Pengurusan Tanah Terbiar
    15. Pembangunan Kemudahan Kejenteraan dan Logistik Pertanian
    16. Penyelidikan dan Perolehan Teknologi Baru Tanaman
  2. Apakah Key Result Area (KRA), Objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam pembangunan pertanian Selangor?

    Terdapat 8 KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam pembangunan pertanian Selangor adalah:

    • Meningkatkan Peratus Sara Diri (SSL) Negeri Selangor

    KPI untuk meningkatkan SSL bagi tanaman utama daripada 45.87% pada tahun 2013 kepada 46.13% pada 2014

    Bil Komoditi Penggunaan Per Kapita

    (kg/orang/ tahun)

    Penggunaan Penduduk Selangor (tan/tahun) Pengeluaran Selangor

    (tan/ tahun)

    % Sara Diri Negeri (SSL)

    2013

    Sasaran % Sara Diri Negeri (SSL)

    2014

    i. Beras 79.1 422,825 129,071.4 30.53 30.65
    ii. Buah 93.4 499,265 106,623.0 21.36 21.43
    iii. Sayur 56.2 300,414 83,093.00 27.66 27.96
    iv. Kelapa 18.8 100,494 104,421.60 103.91 104.48
    Purata Peratus Sara Diri Negeri 45.87 46.13

    *Penduduk Selangor 2010 adalah seramai 5,345,454 (Sumber: Banci penduduk dan perumahan Malaysia, 2010)

    • Program Peningkatan Hasil Padi Negeri

    Untuk program ini Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 16.7 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor (2009-2013). Tahun 2014 sebanyak RM1.56 juta diperuntukkan.

    Keutamaan kepada pengamalan teknologi ‘Rice Check’ dimana tumpuan diberi kepada :

    • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin
    • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
    • Pembajaan
    • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
    • KPI program padi adalah untuk meningkatkan hasil padi kepada purata pengeluaran melebihi 7.5 mt/ha
    1. Memastikan pengeluaran   tanaman    makanan    secara    berterusan                          dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
    • Terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Untuk Program ini Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM7,560,000 di bawah RMK10 (Tahun 2011-2015).
    • Sasaran pengeluaran pada tahun 2014 adalah sebanyak 28,764 Mtan dengan sasaran nilai pengeluaran sebanyak RM31.4 juta
    KPI/

    Tahun

    Pengeluaran Hasil ( Mtan) Nilai Pengeluaran Tanaman (RM)
    Sasaran Capai % Capai Sasaran Capai % Capai
    2013 28,344 28,161 99.4 30,053,141 30,460,600 101.4
    2014 28,764     31,374,314    

     

    1. Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui Program Pembangunan Tanaman Makanan, dan Program Pembangunan Tanaman Industri

    Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 13 juta untuk program-program tersebut di bawah RMK10 (Tahun 2011-2015).

    Program pembangunan buah-buahan dan sayur-sayuran menumpukan kepada penggunaan teknologi fertigasi yang sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan dapat dikawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan automasi.

    KPI Pengeluaran Sektor Agro Makanan Capai 2012 Sasaran 2013 Capai 2013 Sasaran 2014
     

     

    a) Kelapa (‘000 mt)

     

     

    100

     

     

    90

     

     

    98

     

     

    90

    b) Buah-Buahan (‘000 mt) 106 115 130 135
    c) Sayur-Sayuran (‘000 mt) 82 47 72 79

     

    1. Menggalakkan dan membimbing petani kearah Pertanian Lestari

     

    Objektif:

    • Mengurangkan penggunaan bahan agro kimia yang boleh mendatangkan mudarat kepada petani
    • Mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna .
    • Melestarikan pertanian dan memulihara sumber alam
    • Mengurangkan kos bahan input kimia dan pada masa yang sama memberi pendapatan sampingan kepada petani terlibat melalui penghasilan produk Natural Farming yang boleh digunakan untuk tanaman sendiri atau
    KPI Pelaksanaan Natural Farming di Kawasan Padi  

    Capai 2012

     

    Capai 2013

    Sasaran 2014
    a) Kumpulan Pelaksana (bilangan) 5 15 15
    b) Petani yang menghasilkan produk 38 124 124
    (bilangan)      
    c) Produk yang dihasilkan (bilangan) 16,250 14,832 15,000
        (nilai jualan produk RM  
        543,220.00)  
    d)  Keluasan          kawasan                               yang menggunakan     Produk                         Natural 1,395.2 1,000
    Farming      
    e) Petani yang mengamalkan kaedah Natural Farming (orang)  

     

    831

     

    800

     

    1. Meningkatkan kualiti tanaman dengan menggalakkan petani menyertai Pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)

    melalui skim ini petani akan dibimbing dan diberi pengiktirafan kerana mengamalkan pertanian berkonsep mesra alam , mengeluarkan produk berkualiti dan selamat dimakan.

    MyGAP dalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), yang merupakan skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, Pensijilan MyGAP ini memudahkan laluan pasaran eksport memandangkan pensijilan ini telah dikenali di seluruh dunia

    KPI Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (Mygap) Dan Skim Organik Malaysia (SOM)  

    Capai 2012

     

    Capai 2013

     

    Sasaran 2014

     

    a) Penerima sijil MyGAP (bilangan)

     

    92

    3

     

    136

    3

     

    100

    2

    b) Penerima sijil SOM (bilangan)      

     

    1. Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani

    Program ini dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian melalui seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan tanaman. Usahawan dibimbing menggunakan teknologi pengilangan dan pembungkusan yang terkini dan kearah Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta Pensijilan Halal.

    KPI Industri Asas Tani Sasaran 2013 Capai 2013 Sasaran 2014
    a) Nilai Pengeluaran (RM juta) 100 119 119
  3. Apakah asas agihan peruntukan kepada petani-petani di Selangor khususnya petani Melayu?

    Asas agihan peruntukan kepada petani-petani di Selangor adalah merujuk kepada 16 program-program Jabatan untuk membangunkan petani di Selangor seperti yang telah dinyatakan di atas [perkara (a)].

    Permohonan insentif pertanian adalah terbuka kepada semua kaum dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.