Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

13) SUNGAI SEPANG BESAR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dimaklumkan terdapat penduduk yang ingin mengusahakan ternakan sangkar ikan di Sungai Sepang Besar. Adakah Sungai Sepang Besar di bawah bidang kuasa JPS atau Pejabat Tanah?

    Salah satu tanggungjawab utama  Jabatan  Pengairan  dan  Saliran  Negeri  Selangor adalah pemeliharaan dan pemuliharaan sungai sungai di negeri Selangor. Di dalam usaha ini pihak jabatan bertanggungjawab sebagai “caretaker” sungai. Sebarang aktiviti pengusahaan hendaklah mendapatkan kelulusan oleh Pejabat Tanah dan dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk maklumbalas dari segi teknikal. Di dalam hal ini sebarang aktiviti di Sungai Sepang Besar perlu dipohon terus kepada Pejabat Tanah dan Daerah Sepang terlebih dahulu dan diluluskan berdasarkan syarat syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sepang dan agensi lain yang berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Urus Air Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.