Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
12) RANCANGAN KAWASAN KHAS KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status perlaksanaan Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Bharu.
Pelaksanaan projek – projek di bawah Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Bharu telah memasuki tahun ke empat sejak ianya diwartakan pada 27 Mei 2010 (No. Warta 2010). Projek yang dijalankan adalah seperti yang telah disenaraikan dan diwartakan di dalam Rancangan Kawasan Khas Kuala Kubu Bharu
-
Nyatakan cadangan-cadangan tindakan dan jumlah peruntukan untuk RKK tersebut bagi tahun 2013, 2014 dan 2015.
Projek bagi tahun 2013 adalah seperti berikut:
- Longkang tertutup pusat Bandar Kuala Kubu Bharu
- Pengisahan sejarah
Jumlah peruntukan yang dibekalkan bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM 1 juta.
Projek bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:
- Program mengecat semula Bandar Kuala Kubu Bharu
- Cadangan pengindahan monsoon
- Pembaikan monumen jam
- Cadangan interlocking pavement Bandar Kuala Kubu Bharu
Jumlah peruntukan yang dibekalkan bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM 750,000
Projek bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:
- Program mengecat semula Bandar Kuala Kubu Bharu
- Cadangan interlocking pavement Bandar Kuala Kubu Bharu
- Cadangan sambungan laluan pejalan kaki dan laluan basikal Bandar Kuala Kubu Bharu
Jumlah peruntukan akan ditentukan ketika mesyuarat pembentangan bajet Majlis Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2015.