Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

4) PKNS HOLDING BERBANDING SUBSIDIARI PKNS YANG LEBIH LAMA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenapa PKNS Holding diutamakan berbanding empat subsidiari lain yang telah menceburi bidang hartanah lebih 15 tahun?

    PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) telah ditubuhkan pada 3 Januari 2006. Pada asalnya PHSB dikenali sebagai PKNS Federal Furniture Sdn. Bhd. (PFFSB) yang mana syarikat ini telah ditubuhkan sejak dari tahun 1989. Namum begitu, prestasi PFFSB tidak memuaskan sehinggakan syarikat tidak lagi aktif pada tahun 2002.

    Melalui PHSB, PKNS telah mengaktifkan semula syarikat tersebut pada tahun 2006 dengan tujuan utama untuk menswastakan Worlwide Holdings Berhad (WHB). PHSB telah digunakan sebagai SPV untuk melaksanakan proses penswastaan WHB dan melaluinya pada tahun 2010, PKNS telah berjaya memeterai beberapa perjanjian usahasama.

    Hasrat dan tujuan awal PHSB adalah untuk dijadikan sebagai syarikat pemegang pelaburan bagi PKNS memandangkan syarikat telah mempunyai aktiviti-aktiviti lain berbanding dengan syarikat-syarikat anak PKNS yang lain. Dari segi pemantauan projek pula, tidak memerlukan anggota yang ramai dan dengan sebab itu PHSB telah dikurniakan dengan beberapa projek usahasama berbanding dengan syarikat-syarikat anak PKNS yang lain.

    PKNS sedang dalam proses untuk menyusun semula anak-anak syarikat di mana perkara-perkara yang telah berlaku terdahulu akan diambilkira disamping strategi- strategi yang sedang dan akan diperincikan bagi memastikan supaya peranan- peranan anak syarikat dapat diperluaskan dan membolehkan PKNS untukmengoptimakan susunatur anak-anak syarikat tersebut bagi merealisasikan keuntungan masa hadapan.

     

  2. Apakah kelebihan PKNS Holding berbanding SC Sdn Bhd, PIB Sdn Bhd, PECB Sdn Bhd dan Selaman Sdn Bhd.?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Kenapa PKNS Holding dengan hanya 10 anggota diutamakan daripada subsidiari dengan ratusan pekerja?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.