Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

2) PROJEK ZON BERSIH DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Projek Zon Bersih dari tahun 2008 hingga 2013?

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM 1.2 juta setiap tahun bermula tahun 2009 sehingga 2012 kepada semua PBT bagi melaksanakan Program Zon Bersih menggunakan peruntukan Pembangunan (P01) Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan. Jumlah keseluruhan peruntukan ialah sebanyak RM4.8 juta.

     

  2. Apakah kesan dan faedah projek tersebut kepada komuniti tempatan?

    Program Zon Bersih merupakan satu konsep dimana ia diwujudkan bagi memupuk semangat kerjasama diantara pihak kerajaan dan rakyat. Program Zon Bersih dianggap sebagai usaha menggalakkan “Smart Partnership” antara kerjasama PBT, swasta, NGO dan komuniti dalam mewujudkan suasana “Kejiranan Hijau” yang kondusif. Kesan dan faedah pelaksanaan Program Zon Bersih kepada komuniti tempatan adalah seperti berikut :

    1. Kerjasama erat yang ditunjukkan di antara masyarakat dan penduduk setempat dalam menyokong pelaksanaan Program Zon Bersih dapat dilihat melalui penyertaan dalam program-program sosial / kemasyarakatan yang diadakan seperti program gotong royong, pengindahan kawasan dan sebagainya;
    2. Masyarakat dan komuniti setempat telah peka kepada membudayakan amalan penjagaan kebersihan dalam kehidupan seharian dengan memastikan kawasan kediaman dalam keadaan bersih, teratur dan tidak bersemak samun bagi mencegah daripada pembiakan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi;
    3. Terdapat sesetengah penduduk dan peniaga di kawasan Zon Bersih telah mengamalkan budaya konsep 3R (reduse, reuse & recycle), mengitar semula minyak masak dan mengurangkan pembuangan sisa pepejal di premis rumah dan perniagaan masing-masing;
    4. Penyelenggaraan infrastruktur & Kemudahan awam diselenggara dengan baik, Pengindahan dan penyelenggaraan landskap di setiap kawasan Zon Bersih dilaksanakan dengan sempurna serta pengurusan aduan dijalankan dengan cekap dan efisyen;
    5. Kerjasama pihak swasta juga memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan Program Zon Bersih di sesuatu kawasan. Sumbangan pihak swasta dalam bentuk kewangan dan petugas melalui Corporate Social responbilities (CSR) dalam pelaksanaan program yang dianjurkan oleh penduduk ataupun Pihak Berkuasa
  3. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf kesan projek tersebut dan mengatasi kelemahannya?

    Kerajaan Negeri akan menggalakkan semua PBT untuk meneruskan pelaksanaan zon bersih. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak memperuntukkan apa- apa peruntukan khusus memandangkan PBT boleh bergerak sendiri dan merancang aktiviti dengan bantuan Ahli Majlis, Jawatankuasa Penduduk (JKP), persatuan peniaga dan juga sumbangan daripada badan-badan korporat, NGO,CSR dan agensi lain yang berkaitan. Pengalaman selama empat (4) tahun telah mematangkan PBT dalam melaksanakan program ini dan pihak Kerajaan Negeri akan membuat pemantauan dan naziran terhadap PBT setiap tiga (3) bulan sekali bagi memastikan kawasan zon bersih tidak diabaikan dan penglibatan Ahli Majlis serta PBT dalam usaha ini perlu dikekalkan ke arah mewujudkan Selangor Negeri Bersih, Hijau dan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.