Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

7) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah dari peruntukan RM30,000 untuk PWB yang telah dibayar kepada DUN untuk tahun ini? Sila nyatakan pecahan mengikut DUN.

    Kerajaan Negeri amat memandang serius dengan pembangunan akar umbi khususnya kepada golongan wanita dalam Negeri Selangor. Justeru itu, melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB), Kerajaan Negeri telah menyalurkan memperuntukkan sebanyak RM30,000.00 kepada setiap PWB bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita sepanjang tahun 2015. Peruntukan ini diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah bagi tujuan pemantauan dan memudahkan permohonan peruntukan pelaksanaan program- program oleh PWB. Berikut adalah laporan perbelanjaan yang telah dilakukan oleh setiap PWB mengikut Daerah seperti di Lampiran 1.

  2. Apakah program-program yang telah dilaksanakan dari peruntukan tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sentiasa mengambil berat dan peka dengan program-program yang telah diwujudkan. Kerajaan Negeri juga sering memantau keberhasilan program-program yang dilaksanakan oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) semenjak ianya diwujudkan pada bulan April 2015 sehinggalah kini.

    Pusat Wanita Berdaya (PWB) telah berjaya membentuk sebuah organisasi di setiap DUN (56 Penyelia di 56 DUN) dengan diselaraskan oleh satu pasukan Pegawai Penyelaras bersama tiga (3) orang pembantu yang ditugaskan di bawah Pejabat YB EXCO Hal Ehwal Wanita dan Keluarga bagi melaksanakan program-program pemerkasaan wanita di seluruh Negeri Selangor.

    Sejak diwujudkan, Pusat Wanita Berdaya (PWB) telah merangka dan menjalankan modul pemberdayaan wanita. Modul tersebut dibahagikan kepada dua aspek iaitu:

    1. Modul Pemberdayaan induk (berstruktur)

    • Kepimpinan wanita
    • Kefahaman Gender
    • Keselamatan dan Kesihatan Keluarga
    • Ekonomi Hawa dan pengurusan kewangan berhemah

    Sehingga bulan Oktober 2015, Modul Pemberdayaan induk (berstruktur) yang telah dilaksanakan adalah seperti jadual di bawah:-

    TAJUK MODUL SASARAN PENCAPAIAN %
    Kepimpinan wanita 56 DUN 55 DUN 98
    Kefahaman Gender 56 DUN 8 DUN 14
    Keselamatan dan Kesihatan Keluarga  

    56 DUN

     

    10 DUN

     

    17

    Ekonomi Hawa dan pengurusan kewangan berhemah  

    56 DUN

     

    10 DUN

     

    17

    2.Modul Pemberdayaan Tidak Berstruktur

    Sebagai pemangkin kerancakan ekonomi wanita setempat, program- program tidak berstruktur lebih banyak membantu bagi meningkatkan ekonomi sama ada sebagai punca pendapat utama atau pun sebagai punca pendapatan sampingan. Justeru itu, PWB sentiasa mengadakan program-program berbentuk kemahiran yang boleh menarik minat kaum wanita berpersatuan di samping menambah ilmu dan meningkatkan pendapatan. Antara program-program tidak berstruktur dari pihak Penyelia adalah seperti berikut :-

    • Bengkel Kraftangan (kristal, dompet, bakul, kerongsang, gubahan);
    • Bengkel Jahitan;
    • Bengkel Masakan;
    • Kursus Ilmiah (Kelas Bahasa, Kelas Komputer, Fotografi);
    • Senam Sihat (Aerobik dan taklimat pemakanan sihat);
    • Bengkel penampilan diri;
    • Bengkel penghasilan produk (sabun organik, eko enzim dan lain- lain);
    • Program Alam Sekitar (Green Plantation); dan
    • Bengkel kemahiran (lukis inai, refleksologi, spa terapi, cetak t-shirt)

    Lampiran 1

    SENARAI PROGRAM BERSTRUKTUR PUSAT WANITA BERDAYA SELANGOR 2015

    1. KURSUS KEPIMPINAN WANITA

    TARIKH DUN TEMPAT BIL HADIR JUMLAH
     

     

    SABTU,

    5hb Sept 2015

    Bukit Gasing  

    Shah Village Hotel, Petaling Jaya

     

    63 Org

    RM 2,500.00
    Taman Medan RM 2,500.00
    Seri Setia RM 2,500.00
    Damansara Utama Kelab Seri Damansara, Bandar Seri Damansara 42 Org RM 2,500.00
    Bukit Lanjan RM 2,500.00
    Seri Serdang Masjid As-Salam, Puchong Perdana 42 org RM 2,500.00

     

     

     

     

     

     

     

    AHAD,

    6hb Sept 2015

    Kota Damansara Akademi Alif, Seksyen 3, Kota Damansara 26 Org RM 2,500.00
    Paya Jaras RM 2,500.00
    Hulu Kelang Dewan Orang Ramai, Kelang Gate 30 Org RM 2,500.00
    Gombak Setia RM 2,500.00
    Batu Caves Dewan Perpustakaan Awam Negeri Selangor, Gombak 35 Org RM 2,500.00
    Taman Templer RM 2,500.00
    Hulu Bernam  

    Dewan Pejabat Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru

     

    28 org

    RM 2,500.00
    Kuala Kubu Baru RM 2,500.00
    Batang Kali RM 2,500.00
    Sabak Hotel Sri Bernam, Sabak Bernam 50 Org RM 2,500.00
    Sungai Air Tawar RM 2,500.00
    Sekinchan  

    Dewan Wisma Masri, Sabak Bernam

     

    52 Org

    RM 2,500.00
    Sungai Panjang RM 2,500.00
    Bukit Melawati RM 2,500.00

     

    TARIKH DUN TEMPAT BIL HADIR JUMLAH
     

     

     

     

    SABTU,

    12hb Sept 2015

    Kampung Tunku Dewan Perpustakaan Awam Negeri Selangor, Petaling Jaya  

    8 Org

    RM 2,500.00
    Kinrara RM 2,500.00
    Sri Kembangan RM 2,500.00
    Kuang Dewan Perpustakaan Awam Negeri Selangor, Gombak 23 org RM 2,500.00
    Rawang RM 2,500.00
    Sungai Burong Dewan D’Coral Ikan Bakar, Bukit Melawati 40 Org RM 2,500.00
    Jeram RM 2,500.00
    Bukit Antarabangsa Dewan MPAJ, Ampang 40 Org RM 2,500.00
    Lembah Jaya RM 2,500.00
     
     

     

     

     

     

    AHAD,

    13hb Sept 2015

    Permatang Hotel S, Permatang 45 Org RM 2,500.00
    Ijok RM 2,500.00
    Sijangkang Dewan Harmoni, Sijangkang 40 Org RM 2,500.00
    Tanjong Sepat RM 2,500.00
    Morib Bazaar Darul Ehsan, Morib 40 Org RM 2,500.00
    Telok Datok RM 2,500.00
    Dengkil Mawar Training Center, Taman Mawar, Sepang 40 Org RM 2,500.00
    Sungai Pelek RM 2,500.00
    Kajang  

    Hotel Oriental Crystal, Kajang

     

    52 org

    RM 2,500.00
    Balakong RM 2,500.00
    Semenyih RM 2,500.00

     

    TARIKH DUN TEMPAT BIL HADIR JUMLAH
     

     

     

     

     

    SABTU,

    19hb Sept 2015

    Batu Tiga  

    Hotel Carlton, Shah Alam

     

    65 Org

    RM 2,500.00
    Seri Muda RM 2,500.00
    Kota Anggerik RM 2,500.00
    Cempaka Dewan Orang Ramai, Taman Maju Jaya, Teratai 35 Org RM 2,500.00
    Teratai RM 2,500.00
    Dusun Tua Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bangi, Seksyen 8,

    Bangi

    30 org RM 2,500.00
    Bangi RM 2,500.00
    Meru  

    Gold Course Hotel, Kelang

     

    65 Org

    RM 2,500.00
    Sementa RM 2,500.00
    Sungai Pinang RM 2,500.00
    Seri Andalas Hotel Carlton, Shah Alam 24 Org RM 2,500.00
    Kota Alam Shah RM 2,500.00
     
    AHAD,

    20hb Sept 2015

    Selat Kelang  

    Dewan Perpustakaan Awam Selangor, Sungai Udang

     

    40 Org

    RM 2,500.00
    Pandamaran RM 2,500.00
    Pelabuhan Klang RM 2,500.00

     

    Lampiran 1

    SENARAI PROGRAM BERSTRUKTUR PUSAT WANITA BERDAYA SELANGOR 2015

    1. KURSUS KEFAHAMAN GENDER
    TARIKH DUN TEMPAT BIL HADIR JUMLAH
    SABTU,

    19hb Sept 2015

    Bukit Gasing Dewan MBPJ Jln PJS 4/19 Tmn Indah Jaya PJ 50 Org RM          2,500.00
    Taman Medan RM          2,500.00

     

     

    SABTU,

    4hb Okt 2015

    Sabak  

    Dewan Pusat Khidmat Masyarakat, Sabak

     

    60 orang

    RM 2,500.00
    Sungai Air Tawar RM 2,500.00
    Sungai Panjang RM 2,500.00
    Sekinchan RM 2,500.00

     

    AHAD,

    11hb Sept 2015

    Rawang Training Center, De Manggis, Kuang 40 Org RM              2,500.00
    Kuang RM              2,500.00

    Lampiran 1

    SENARAI PROGRAM BERSTRUKTUR PUSAT WANITA BERDAYA SELANGOR 2015

    1.KURSUS KESIHATAN WANITA DAN PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMAH

    TARIKH DUN TEMPAT BIL HADIR JUMLAH
     

    SABTU,

    17hb Okt 2015

    Bukit Lanjan  

    Kelab Seri Damansara, Bandar Seri Damansara

     

    72 orang

    RM 2,500.00
    Kota Damansara RM 2,500.00
    Paya Jaras RM 2,500.00
    Damansara Utama RM 2,500.00

     

    AHAD,

    18hb Okt 2015

    Permatang Sun Inn Hotel, Kuala Selangor 27 Org RM             2,500.00
    Bukit Melawati RM             2,500.00

     

    SABTU,

    24hb Okt 2015

    Dusun Tua Pusat Khidmat Masyarakat Dusun Tua 40 Org RM             2,500.00
    Bangi RM             2,500.00

     

    AHAD,

    25hb Okt 2015

    Jeram Dewan D’Coral Ikan Bakar, Melawati 40 Org RM              2,500.00
  3. Bagaimanakah program-program tersebut dapat memberdaya dan mengubah nasib wanita?

    Sama seperti di SUB (b)

Lampiran

Tiada Lampiran.