Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

268) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah core business Standco ini?

    1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peranan utama Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor adalah bagi menyelaras mengenai isu dan perkara berkaitan Teknologi Hijau dan memastikan ianya selaras dengan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2015- 2018 dan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.

     

  2. Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?

    Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor mula di tubuhkan pada 1 Oktober 2014. Oleh yang demikian, tiada KPI Jawatankuasa Tetap ini bagi tahun 2013 dan 2014.

  3. Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?

    1. KPI Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau Negeri Selangor bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Program / Projek Sasaran Status
     

    1.

    Seminar/Program/Kempen Kesedaran Teknologi Hijau  

    1 kali

    Telah di laksanakan
     

    2.

    Dasar Teknologi Hijau Negeri Selangor  

    1 kertas dasar

    Telah di laksanakan
     

    3.

    Pemasangan produk Teknologi Hijau  

    2 produk

    Sedang di laksanakan
     

     

    4.

     

    Pelan Tindakan Pembangunan Kejiranan Hijau

     

    Laporan pemantauan kepada KPKT dalam tempoh 14 hari

     

    Telah di laksanakan

Lampiran

Tiada Lampiran.