Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
266) PUSAT KEBUDAYAAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Selangor akan membina Pusat Kebudayaan Selangor?
Pusat Kebudayaan Selangor yang dimaksudkan adalah merujuk kepada Pusat Kebudayaan Melayu, Cina dan India yang sedang dirancang di peringkat perbincangan serta penyediaan dasar oleh Kerajaan
Perancangan asal adalah supaya pembangunan ketiga-tiga Pusat Kebudayaan Negeri Selangor ini adalah selari dengan pengumuman pakej rangsangan pembangunan Sungai Klang yang akan menempatkan Pusat-pusat Kebudayaan Negeri Selangor ini di sepanjang Sungai Klang. Pembangunan Sungai Klang yang dijangka akan mengambil masa sekitar 30 tahun turut dijangka akan menelan belanja sebanyak RM70 bilion. Memandangkan kos pembangunan yang begitu besar, Kerajaan Negeri harus meneliti perkara- perkara teknikal supaya perancangan dan pemajuan ini dapat berjalan lancar dengan mengambil kira kepentingan-kepentingan stakeholders yang berkenaan.
Kerajaan Negeri di bawah Pentadbiran yang baru walau bagaimanapun masih komited dan sedang meneliti semula pembangunan Pusat Kebudayaan Negeri melalui penubuhan Jawatankuasa Pemandu Pusat Kebudayaan Negeri untuk memastikan objektif dan hasrat mewujudkan pusat kebudayaan ini tercapai. Namun demikian, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak dapat menjangkakan tarikh pembinaan dan pembukaan Pusat Kebudayaan Negeri.
Pembinaan Pusat Kebudayaan ini akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas satu (1) pelan tindakan pembangunan yang baru dihasilkan.
-
Berapakah jumlah perbelanjaan 2015 dan bajet 2016 untuk program kebudayaan di Negeri Selangor?
- Berikut adalah senarai perbelanjaan aktiviti kebudayaan Selangor pada tahun 2010 – 2015. Rujuk Lampiran
Lampiran A
SENARAI PERBELANJAAN AKTIVITI KEBUDAYAAN TAHUN 2010 (PERUNTUKAN TAHUNAN : RM 500,000.00)
BIL KERJA JUMLAH (RM) 1.
Karnival Mesra Berbudaya Bersama Rakyat (MBBR) pada 23.1.2010 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam 88,840.00
2.
Pementasan Teater “Menunggu Kata Dari Tuhan” di Universiti Kuala Lumpur, Gombak pada 19 & 20 Mac 2010 20,000.00
3.
Malam Puisi Selangor Usahasama MBSA dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 30.4.2010 10,000.00
4.
Persembahan Kebudayaan Bagi Program Pra Pelancaran Festival Jalanan Daerah Negeri Selangor 2010 pada 17.4.2010 di Galeri Seni & Sastera Hulu Selangor 40,120.00
5.
Pementasan teater “Tiada Penyokong Kuasa Rebah” di Dewan Sivik MBPJ pada 20 & 21 Mei 2010. 35,000.00
6.
Program International Childrens of Folk Dance In Kazan, Republic Of Tatartan, Rusia pada 24.5.2010. 10,000.00
7.
Program Festival Jalanan Daerah Sepang pada 19.6.2010 di Bagan Lalang. 15,000.00
8.
Program Festival Jalanan Daerah Klang pada 3.7.2010 di Klang Parade. 15,000.00
9.
Pementasan teater ‘Menunggu kata dari Tuhan’ perasmian Surau Darus Salam Taman Nirwana Fasa 1, Ampang 5,000.00
10.
Program International Childrens of Folk Dance In Kazan, Republic Of Tatartan, Rusia pada 24.5.2010. 10,000.00
11
Program Festival Jalanan Daerah Sepang pada 19.6.2010 di Bagan Lalang. 15,000.00
12
Program Festival Jalanan Daerah Klang pada 3.7.2010 di Klang Parade. 15,000.00
13
Pementasan teater ‘Menunggu kata dari Tuhan’ perasmian Surau Darus Salam Taman Nirwana Fasa 1, Ampang 5,000.00
14
Program pertandingan dan pameran Seni Visual mekar Citra pada 23.8.2010-23.9.2010 di Galeri Shah Alam. 95,000.00
15
Program pertandingan dan pameran Seni Visual mekar Citra pada 23.8.2010-23.9.2010 di Galeri Shah Alam. 95,000.00
16.
Membekalkan Kad Raya dan Envelope sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 4,000.00
17.
Persembahan kebudayaan sempena Ramadhan @ I-City 40,000.00 18. Festival Jalanan 4.12.2010 30,000.00 19
Festival Jalanan Daerah pada Kuala Selangor 27.11.2010 15,000.00
20
Pertandingan Kompang Berirama Peringkat PBT 27,000.00 21
Pertandingan Sukan Rakyat pada 4.12.2010 5,000.00 22
Membekalkan barangan keperluan bagi program seminar kemahiran Sastera & ICT (PROKSI) 2010 pada 20 & 21 November 2010 15,500.00
23
Program Malam Kau Ku Sayangi sempena Program Selangor Ria pada 23.12.2010 12,900.00
24
Program pertandingan Akhir Kompang Berirama Sempena Selangor Ria 2010 di tapak letak kereta Stadium Melawati, Shah Alam pada 25.12.2010 27,140.00
25
Pementasan teater “Menunggu Kata Dari Tuhan” bertempat di Masjid Kamaruddin, Seksyen 51A Petaling Jaya. 5,000.00
SENARAI PERBELANJAAN AKTIVITI KEBUDAYAAN TAHUN 2010 (PERUNTUKAN TAHUNAN : RM 1,000.000.00)
BIL KERJA JUMLAH (RM) 1. Anugerah Bakat Muda (SeYTA) 2011 40,000.00 2.
Program Forum Perdana dan Karnival Sukan Rakyat Putera Height pd 19.3.2011. 500.00
3.
Program Sukaneka serta Sambutan ke 100 tahun Hari Wanita sedunia pada 1 Mei 2011. 1,000.00
4.
Program Karnival Sukan Rakyat Dan Senam Tari Persatuan Komuniti Wanita Sepang 30.4.2011 1,500.00
5.
Program kemahiran sastera dan ICT (PROKSI 2011) pada 25-26 Jun 2011 dan 30-31 Julai 2011 20,000.00
6.
Program pelancaran dan promosi Senam Sihat Seni Selangor 20,000.00
7.
Program Pertandingan Tarian Rakyat Kanak-Kanak & Ekspresi Silang Budaya Klang 2011 15,000.00
8.
Hari keluarga pada 2-3.7.2011 di Agrotek Garden Chalet Resort, Hulu Langat 500.00
9
Program Festival Jalanan di setiap Daerah setiap daerah RM20,000.00 pada bulan Julai hingga Disember 2011 165,000.00
10.
Program Sayembara Puisi Tradisional Pantai Morib pada 11.6.2011 3,000.00
11.
Kolokuim Seni Budaya dan Santai Budaya pada 18.6.2011 11,150.00
12. Membeli set muzik gamelan dan set kostum 37,600.00 13. Program I-City Ramadhan 2010 40,000.00 14.
Program Diskusi Good Governance dan Kepedulian Masyarakat pada 13.8.2011 (Sabtu) di Auditorium Muzium Selangor Shah Alam 3,450.00
15. Program Klinik Boling Padang (Lawn Bowls) 3,000.00 16.
Program Majlis Berbuka Puasa Sempena Semarak Ramadhan bersama YAB. Menteri Besar Selangor. 22,500.00
17
Program Mesra Rakyat bersama YB. Di Seksyen 20 pada 18.9.2011 31,200.00
18
Program kemahiran Sastera dan ICT pada 19-20 November 2011 30,000.00
19.
Bengkel Gasing pangkah di Klang pada 26-27 November 2011 2,000.00
20.
Program teater Perdana pada 20-26 November 2011 di Royal Theater. 30,000.00
21. Festival Jalanan Daerah Klang 5,000.00 22. Majlis Perkahwinan Perdana 2011 pada 11.11.2011 1,500.00 23.
Seminar Kebudayaan India pada 25.9.2011 di Dewan Orang Ramai Dengkil, Sepang. 1,000.00
24. Program larian Perpaduan Little India Klang 2011. 1,000.00 25.
Sasaran Art Festival 2011 pada 8 – 20.12.2011 di SRJK (Cina) Chung Wah, Sasaran Kuala Selangor. 2,000.00
26.
Program turun padang Exco Kebajikan ke Klang sempena Perayaan Deepavali pada 26.10.2011 63,000.00
27.
Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2011 pada 27.11.2011 39,000.00
28.
Persembahan teater ASRAR (6-13.12.2011) di PADAT 37,990.00 29.
Teater Harapan Di Penghujung Hari (18 – 20.12.2011) di Galeri Shah Alam. 17,000.00
30.
Persembahan teater “Dewa Kencana” Di Royal Teater, Shah Alam (21-25.12.2011). 10,000.00
31. Kem Perkhemahan Kebudayaan & Team Building 45,000.00 32. Festival Jalanan peringkat akhir 50,000.00 33.
Makan Malam Media Kembara Selangor Shine di Muzium Shah Alam pada 2.12.2011. 16,280.00
34.
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak pd 3.12.2011 di Stadium Shah Alam. 3,006.00
35.
Sambutan Hari OKU peringkat Negeri Selangor pada 4.12.2011 di Stadium Shah Alam. 900.00
36. Program Selangor Agro Fest pada 4.12.2011 2,460.00 37.
Program Persembahan seni Teater OKU sempena Sambutan Hari OKU 2011 pada 4.12.2011 di Tapak Stadium Melawati Shah Alam. 56,500.00
38. Sumbangan untuk setiap daerah sebanyak RM1,000.00 RM9,000.00 39.
Seminar Pembudayaan Pengurusan Kewangan Mampan Teras RM15,000.00
40. Program Sasaran International Art Festival RM8,000.00 SENARAI PERBELANJAAN AKTIVITI KEBUDAYAAN TAHUN 2012 (PERUNTUKAN TAHUNAN : RM 500,000.00)
BIL KERJA JUMLAH (RM) 1.
Program Majlis Maulud @ Shah Alam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 3,000.00
2.
Program pameran Hasilan Pesta We Art Together dari tarikh 4 – 30.4.2012 10,000.00
3.
Program Majlis Pertandingan Bakat, Tarian, Muzik dan Lagu 2012 660.00
4.
Pembelian peralatan kombo asli untuk Majlis Kebudayaan Negeri Selangor. 51,200.00
5.
Program Kebudayaan sempena Pameran Pusat Kebudayaan Negeri Selangor 27 Jun – 1 Julai 2012 29,250.00
6.
Program Festival Jalanan Peringkat Daerah Petaling pada 23 -24 Jun 2012 20,000.00
7.
Program Perasmian Pusat Kebudayaan Negeri Selangor pada 27-1 Julai 2012 (AEON Bukit Raja) 4,600.00
8. Festival Nasyid Negeri Selangor pada 30.6.2012 di SACC 25,000.00 9. Program Pameran Pusat Kebudayaan Negeri Selangor 8,000.00 10.
Program Kebudayaan Negeri Selangor bagi Daerah Klang 35,000.00
11. Program Freedom Art Festival 20,000.00 12. Program Kemahiran Sasteraan dan ICT (PROKSI) 2012 30,000.00 13. Festival Jalanan Daerah Gombak 20,000.00 14. Sasterawan Tamu pada 26.9.2012 Di PKPS 18,000.00 15. Festival Silat pada 23.9.2012 di dataran Selayang Baru 25,390.00 16.
Festival Jalanan Daerah Klang di Dataran Seni, Klang pada 5 -7.10.2012 20,000.00
18.
Program Pementasan Teater Nurnilamsari pada 12- 14.10.2012 di PADAT 20,000.00
19. Program pementasan teater Pada 22-25.11.2012 di PJ. 15,000.00 20.
Festival Jalanan & Program Kebudayaan daerah Hulu Selangor pada 17.11.2012 35,000.00
21.
Festival Jalanan & Program Kebudayaan Sabak Bernam – Pesta Layang-Layang) pada 24.11.2012
35,000.00
22. Kursus Seni Foto pada 6.11.2012 3,000.00 23.
Festival Jalanan & Program Kebudayaan Daerah Hulu Langat (Karnival Makanan Sate) pada 21-23.12.2012 35,000.00
24.
Festival Jalanan & Program Kebudayaan Daerah Kuala Langat (Pertandingan Gasing) pada 8.12.2012 29,000.00
25.
Festival Jalanan & Program Kebudayaan Daerah Kuala Selangor pada 1.12.2012 Dataran K.Selangor 29,000.00
26.
Majlis ramah mesra bersama rakyat sempena sambutan perayaan Deepavali di Shah Alam pada 2.12.2012 di Dewan MBSA Seksyen 19. 20,000.00
27.
Membekalkan Non Woven Bag Sempena Selangor Agro Fest 2012 5,000.00
28. Program Kolokium Seni Budaya 2012 5,000.00 SENARAI PERBELANJAAN AKTIVITI KEBUDAYAAN TAHUN 2013 (PERUNTUKAN TAHUNAN : RM 500,000.00)
BIL KERJA JUMLAH (RM) 1.
Hadiah Geran Berkarya untuk program Sasterawan Tamu Negeri Selangor 10,000.00 2.
Retreat Standco Kebajikan dan Kebudayaan pada 28.2 – 1.3.2013 di Kalumpang Resort, Hulu Selangor 27,674.00
3.
Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Bukit Kuda, Klang pada 3. 3.2013 20,000.00
5.
Program Majlis Berbuka puasa NGO bersama YAB. Menteri Selangor pada 3.8.2013 16,140.00
SENARAI PERBELANJAAN AKTIVITI KEBUDAYAAN TAHUN 2014 (PERUNTUKAN TAHUNAN : RM 500,000.00)
BIL KERJA JUMLAH (RM)
1.
Program Santai Seni Daerah Klang pada 14 Oktober 2014. 16,350.00
2.
Program Performing Arts Burgefest & Local Clothing Festival 2014 pada 15.11.2014 Di Taman Rimba Kiara, Kiara Park. 34,080.00
5.
Program Vintage dan Kebudayaan di Bulatan Bazarena Stadium Shah Alam pada 29-30.11.2014. 67,000.00
6.
Program Kesenian Antarabangsa Sasaran pada 27.11- 8.12.2014 di SRJK (C) CHUNG WAH Sasaran Kuala Selangor 29,100.00
7. Program Temasya Selangor#15 360,000.00 SENARAI PERBELANJAAN AKTIVITI KEBUDAYAAN TAHUN 2015 (PERUNTUKAN TAHUNAN : RM 500,000.00)
BIL KERJA JUMLAH (RM)
1 Program Seni Budaya Bangsa MPSJ 2015 8,900.00 2 Karnival Mega Raya 2015 pada 03-07-15 14,990.00 3 Konsert Opick Akustik 2015 20,000.00 4 Program Sukan Rakyat Malam Kesenian dan Kebudayaan Majlis Daerah Sabak Bernam 2015
28,600.00 5 Dunia Kartun Selangor 32,000.00 6 Festira 2015 118,600.00 7 Teater Atas Pokok 120,000.00 8 Freedom Film Festival (KOMAS) 100,000.00 9 Program Anugerah Selangorkini 2015 100,000.00 10 Visual Art Festival 50,000.00 11 Festival Kompang Selangor 100,000.00 12 Festival Idearaya 2015 50,000.00 13 Bengkel Anak Seni Tari Jiran Muda 7,200.00 14 Bengkel Seni Anak-Anak Yatim 29,680.00 -
Sila kemukakan senarai perbelanjaan aktiviti kebudayaan Selangor pada tahun 2008-2015.