Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

263) WANITA LADANG (WALA)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status program Wanita Ladang (WALA)?

    Program Wanita Ladang (WALA) telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Program Hijrah Selangor. Peserta WALA hanya menerima elaun kerja dan bukan berbentuk pinjaman. Oleh kerana itu, program WALA tidak dapat diukur kejayaan dan keberkesanannya. Mana-mana peserta WALA yang mempunyai perniagaan dan berkemampuan bayar balik pinjaman akan ditawarkan modal tambahan HIJRAH SELANGOR.

     

    HIJRAH SELANGOR juga sedang merangka modul latihan pada peserta- peserta WALA yang belum menjalankan perniagaan. Pinjaman akan ditawarkan selepas mereka tamat latihan dan mampu melaksanakan perniagaan yang dipilih.

     

  2. Apakah alasan membawa kepada keputusan di atas?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.