Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

242) PREMIS PERJUDIAN NOMBOR EKOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah premis perjudian nombor ekor di Selangor mengikut PBT?

    Jumlah premis perjudian nombor ekor di Negeri Selangor adalah sebanyak 241 buah premis. Pecahan mengikut PBT adalah seperti di bawah:-

    BIL. PBT Jumlah Premis Perjudian Nombor Ekor
    1. MBSA 6
    2. MBPJ 64
    3. MPSJ 48
    4. MPS Tiada
    5. MPKj 16
    6. MPK 66
    7. MPAJ 11
    8. MPSp 6
    9. MDKS 2
    10. MDKL 12
    11. MDSB 5
    12. MDHS 5
    JUMLAH 241

    ***Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  2. Apakah usaha kerajaan negeri mengekang umat Islam dari mengunjungi premis tersebut?

    1. Usaha Kerajaan Negeri melalui PBT dalam mengekang umat Islam dari mengunjungi premis perjudian nombor ekor adalah seperti di bawah:-
      1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa menjalankan operasi untuk menangkap individu beragama Islam yang berada atau melanggani premis perjudian termasuklah nombor ekor;
      2. Individu yang telah ditangkap oleh pihak JAIS akan diberi bon jaminan untuk siasatan selanjutnya. Kemudian akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Seksyen 17 Berjudi;

     

    • Pesalah akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua- duanya;
    1. PBT juga bekerjasama dengan JAIS dalam melaksanakan operasi bersepadu dengan memberikan maklumat lokasi premis-premis tersebut;
    2. Premis tersebut diarahkan oleh PBT untuk meletakkan notis larangan kepada umat Islam memasuki dan melanggan di premis tersebut;
    3. PBT juga meletakkan syarat kepada premis tersebut sekiranya melanggar syarat yang ditetapkan, lesen akan ditarik dan tidak membenarkan memohon semula lesen tersebut;
    • PBT akan membuat penelitian dan pertimbangan terhadap lokasi sekiranya permohonan lesen tersebut majoritinya umat Islam; dan
    • PBT yang tidak mengeluarkan lagi lesen premis nombor ekor contohnya di MPSJ.

Lampiran

Tiada Lampiran.