Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
241) MASALAH SIPUT GONDANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah masalah siput gondang yang merosakkan tanaman padi di kawasan IADA Barat Laut masih tidak berjaya diatasi sepenuhnya?
Siput gondang merupakan antara perosak utama di kawasan sawah padi. Walau bagaimanapun, serangan siput gondang telah berjaya diatasi oleh para petani melalui syor kawalan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.
-
Sila nyatakan keluasan kawasan sawah padi yang diancam oleh siput gondang
Melalui pemantauan dan laporan yang disediakan oleh Bahagian Biosekuriti Tanaman Jabatan Pertanian, tiada kesan serangan yang serius dilaporkan sejak dua musim kebelakangan ini.
-
Nyatakan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan untuk membantu pesawah-pesawah bagi mengatasi ancaman makhluk perosak seperti siput gondang dan lain-lain.
Dalam tahun 2015, Jabatan Pertanian Selangor telah membekalkan 1,650 botol racun siput Kensulid, 2,000 bagi racun organic Saponin dan 600 botol racun Kawagon yang berjumlah RM302,100.00