Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

240) HOTEL BRISDALE DAN HOTEL QUALITY, SHAH ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sebab utama kedua-dua hotel tersebut ditutup?

    Pihak syarikat telah mengkaji pelbagai aspek dari sudut perniagaan dan keputusan telah dibuat untuk memanfaatkan aset tersebut dengan matlamat untuk mewujudkan pulangan yang lebih baik pada masa depan. Keputusan itu antara lain melibatkan kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf di kedua-dua lokasi.

  2. Bagaimanakah status pekerjaan bekas kakitangan kedua-dua hotel tersebut?

    Untuk makluman Dewan Yang Mulia, Quality Hotel Shah Alam (“QHSA”) telah menamatkan operasinya pada 31 Mei 2014 dan Brisdale International Hotel (“BIH”) pada 15 Jun 2015. Jumlah kakitangan yang terlibat adalah 104 orang untuk QHSA dan 58 orang untuk BIH

     

Lampiran

Tiada Lampiran.