Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
232) KES ROGOL DAN GANGGUAN SEKSUAL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila bekalkan statistik tahunan terperinci berkaitan dengan kes rogol dan gangguan seksual dari 2005 hingga 2015 di negeri Selangor. Bandingkan dengan negeri-negeri lain.
Perangkaan Jenayah seksual bagi tahun 2013 adalah sebanyak 774 kes di mana kes Rogol, Sumbang Mahram & Samun Rogol telah mencatatkan sebanyak 405 kes manakala kes Cabul Kehormatan mencatatkan sebanyak 369 Bagi tahun 2014 sebanyak 573 kes telah dicatatkan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 329 kes dicatat bagi kes Rogol, Sumbang Mahram & Samun Rogol dan sebanyak 244 kes dicatat bagi kes Cabul Kehormatan. Pada tahun 2015 (Januari – September) telah menunjukkan penurunan di mana telah mencatat sebanyak 455 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 234 kes telah dicatatkan bagi kes Rogol, Sumbang Mahram & Samun Rogol manakala sebanyak 221 kes telah dicatatkan bagi kes Cabul Kehormatan. Berikut adalah perangkaan bagi Jenayah Seksual.
JUMLAH KES SEKSUAL DIBUKA ( BAGI TAHUN 2013, 2014 DAN 2015 ) BIL
KATEGORI KES
JUMLAH KES TUDUH 2013
2014
2015 (JAN – SEPT )
2013
2014
2015 (JAN-SEPT)
1 ROGOL, SUMBANG MAHRAM & SAMUN ROGOL
405 329 234 251 205 127 2 CABUL KEHORMATAN 369 244 221 215 160 139 JUMLAH 774
573 455 466 365 266 -
Sila nyatakan berapa kes di (a) telah didakwa di mahkamah dan berapakah yang berjaya didakwa?
Perangkaan pertuduhan Jenayah seksual bagi tahun 2013 adalah sebanyak466 kes di mana kes Rogol, Sumbang Mahram & Samun Rogol telah mencatatkan sebanyak 251 kes manakala kes Cabul Kehormatan mencatatkan sebanyak 215 kes. Bagi tahun 2014 sebanyak 365 kes telah dicatatkan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 205 kes dicatat bagi kes Rogol, Sumbang Mahram & Samun Rogol dan sebanyak 160 kes dicatat bagi kes Cabul Kehormatan. Pada tahun 2015 (Januari – September) telah menunjukkan penurunan di mana telah mencatat sebanyak 266 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 127 kes telah dicatatkan bagi kes Rogol, Sumbang Mahram & Samun Rogol manakala sebanyak 139 kes telah dicatatkan bagi kes Cabul Kehormatan. Berikut adalah perangkaan bagi Jenayah Seksual.