Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
224) SUKAN PERMOTORAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan prasarana sukan permotoran di Selangor.
Prasarana sukan permotoran yang terdapat di daerah-daerah di Negeri Selangor yang sedia ada adalah Litar Lumba Sepang, Litar Go-Cart Stadium Shah Alam, Litar Go-Cart di MOFORS ( bersebelahan Lebuhraya Elite), Trek Motocross di Sungai Tengi Hulu Selangor, Trek Drag di Ulu Yam, dan di persekitaran Stadium Kuala Selangor. Kesemua trek atau prasarana ini adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
-
Apakah usaha bagi meningkatkan prasarana sukan permotoran di Selangor?
Pihak Kerajaan Negeri Selangor (KNS) merancang untuk meningkatkan prasarana ini dengan memperbanyakkan lagi program dan aktiviti berkaitan sukan permotoran yang semakin diminati terutamanya golongan belia. KNS akan mempertimbangkan dan memperbanyakkan lagi program-program berkaitan sukan permotoran ini di prasarana yang sedia ada. Selain itu, pihak KNS juga akan mempertimbangkan untuk mengembangkan dan penambahan prasarana dari masa ke semasa mengikut kesesuaian dan keperluan.
-
Apakah perancangan bagi memastikan sukan ini terus diminati?
Kerajaan Negeri Selangor amat menggalakkan mana-mana pihak jabatan atau agensi swasta untuk bersama-sama membantu Kerajaan Negeri dalam merancakkan lagi program atau aktiviti sukan permotoran ini sama ada dalam bentuk penganjuran atau pengembangan pusat-pusat latihan. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan seperti bengkel asas keselamatan dalam sukan permotoran, teknik asas dan banyak lagi aktiviti yang berkaitan boleh dijalankan bagi memastikan sukan permotoran ini terus diminati. Dengan adanya pelbagai program dan aktiviti yang terancang, ianya sekaligus dapat merancakkan lagi pembangunan sukan permotoran ini untuk ianya terus menarik minat semua golongan terutamanya golongan belia.