Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
219) MASJID NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengecat semula Masjid Negeri?
Setakat ini pihak Kerajaan Negeri belum mempunyai peruntukan untuk mengecat semula Majid.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan Masjid Negeri sentiasa dalam keadaan sempurna dan diselenggara?
Kerajaan Negeri Sedang melaksanakan kerja-kerja baikpulih dan naik taraf secara berterusan mengikut peruntukan yang telah diperuntukkan pada setiap tahun bagi memastikan Masjid ini sentiasa dalam keadaan yang memuaskan. Buat masa ini, pihak JAIS dan JKR Selangor sedang melaksanakan kerja baikpulih dan naik taraf bagi sistem penghawa dingin, PA sistem, kubah utama, pembinaan blok pentadbiran, dan kerja-kerja pembaikan yang lain.