Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

216) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PENGANGKUTAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah core business Standco ini?

    Core Business bagi Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor adalah untuk menjayakan penyelarasan pelaksanaan program-program dan projek pembangunan infrastruktur pengangkutan awam di Negeri Selangor bagi:

    • Merangka pelan dasar pengangkutan awam Negeri Selangor untuk mencapai ratio 60 : 40 iaitu 60 peratus (60%) penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam berbanding 40 peratus (40%) penggunaan kenderaan persendirian di kawasan bandar;
    • Menyelaras pelaksanaan jabatan dan agensi berkaitan pembangunan jaringan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor, merancang penyediaan laluan pengangkutan awam yang lebih baik dengan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam yang lebih efisyen dan reliable serta mempunyai connectivity antara pengangkutan awam yang lain; dan
    • Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kawasan-kawasan bandar bagi mengurangkan aliran trafik kenderaan
  2. Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?

    KPI yang dirancang di bawah STANDCO Pengangkutan yang bermula pada tahun 2014 adalah seperti berikut:

     

    Bil KPI Sasaran Pencapaian
    1 Menyediakan Perkhidmatan Bas Secara Percuma i.       Kawasan perbandaran (PBT)

    ii.       Mengurangkan penggunaan kereta

    iii.       Meningkatkan

    Berjaya melancarkan Bas Selangorku di MBSA, MPSJ dan MPK.

    Akan diteruskan dengan

    memperluaskan

     

        perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan awam perkhidmatan Bas Selangorku di MPAJ dan MPKj dan kawasan luar

    bandar pada tahun 2016.

    2 Mewujudkan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor Untuk digunakan sebagai rujukan utama kepada pihak-pihak yang terlibat dengan penyediaan infrastruktur pengangkutan awam dalam semua pelan pembangunan tanah di Negeri Selangor.

    Kajian dijangka selesai

    pada Februari 2016.

    Deraf pertama laporan telah dibentangkan untuk makluman Kerajaan Negeri pada 22 Oktober 2015.
    3 Penyelarasan pelaksanaan projek- projek pengangkutan awam di dalam kawasan Negeri Selangor seperti:

    i.       MRT Sungai Buloh –

    Kajang

    ii.       MRT2 Sg Buloh –

    Serdang – Putrajaya

    iii.       LRT Ampang dan Kelana Jaya Extension Line

    iv.        LRT3 (Bandar Utama

    – Johan Setia, Klang)

    v.        BRT (Bus Rapid Transit) Kuala Lumpur – Klang; dan

    vi.        HSR (High Speed Rail) Kuala Lumpur –

    Singapura

    Mesyuarat penyelarasan ditetapkan sebanyak 4 kali setahun Tahun 2014 : sekali Tahun 2015: 5 kali

    (sehingga Oktober 2015)

  3. Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?

    Tiada KPI yang tidak memenuhi sasaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.