Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

209) HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah peruntukan telah dibelanjakan dari tahun 2008 hingga 2014 dan pecahkan ikut tahun?

    Jumlah peruntukan dari 2008 hingga 2014 adalah RM55,600,010.00. Manakala jumlah yang telah dibelanjakan dari peruntukan tersebut adalah sebanyak RM47,104,826.00 (84%). Maklumat terperinci adalah seperti berikut:

     

    TAHUN

    JUMLAH PERUNTUKAN (RM) JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
    2008 5,000,000.00 RM3,760,980.00
    2009 8,200,010.00 RM5,667,038.00
    2010 7,700,000.00 RM7,699,000.00
    2011 7,700,000.00 RM7,167,000.00
    2012 8,000,000.00 RM7,921,058.00
    2013 11,000,000.00 RM6,889,800.00
    2014 8,000,000.00 RM7,999,950.00
    JUMLAH 55,600,010.00 RM47,104,826.00
  2. Berapa jumlah pelajar menerima bantuan ini pada tahun 2008 hingga 2014?

    Jumlah keseluruhan penerima HPIPT dari tahun 2008 sehingga 2014 adalah seramai 47,294 orang penerima. Maklumat terperinci mengikut tahun adalah seperti berikut:

     

    TAHUN

    BILANGAN PENERIMA (ORANG)
    2008 3,718
    2009 5,659
    2010 7,699
    2011 7,167
    2012 7,887
    2013 7,226
    2014 7,938
    JUMLAH 47,294
  3. Senaraikan penerima Hadiah Anak Masuk Universiti mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain dari tahun 2008 hingga 2014.

    Bagi tahun 2008 hingga 2014, sebanyak 47,294 telah menerima hadiah HPIPT. Perincian di bawah adalah pecahan mengikut kaum iaitu:

    Kaum Melayu: 34,972 orang (73.95%)

    Kaum Cina:  7,248 orang (15.33%)

    Kaum India:  4,861 orang (10.28%)

    Lain-lain: 213 orang (0.44%)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.