Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
201) PROGRAM GENERASI IDAMAN SELANGOR (GEMS)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan program yang dilaksanakan oleh GeMS
Bagi tahun ini sehingga Ogos 2015, sebanyak 10 program yang telah dilaksanakan seperti berikut :
BIL
SENARAI PROGRAM
BULAN
1. Kempen AMAN, Program Menangani Gejala Sosial 9 Daerah Februari 2. Program Pengupayaan Komuniti Setempat kawasan Fokus Mac 3. Program Jelajah GeMS Daerah Gombak April 4. Kempen Kebersihan Kawasan Fokus Program GeMS di Pangsapuri Desa Mentari & Seri Perantau Mei 5. Program Jelajah GeMS Daerah Daerah Sabak Bernam Jun 6. Program Sukan Santai GeMS di Pangsapuri Desa Mentari & Seri Perantau Jun 7. Program Semarak Ramadhan GeMS Kawasan Fokus Menangani Gejala Sosial di Pangsapuri Desa Mentari & Seri Perantau Jun 8. Program Sukan Santai GeMS di Pangsapuri Desa Mentari & Seri Perantau Ogos 9. Program Pengupayaan Komuniti Setempat kawasan Fokus Program GeMS Siri 2 Ogos 10. Operasi Menangani Gejala Sosial Siri 2/2015 di 9 Daerah Ogos -
Nyatakan keberkesanan program tersebut kepada semua kaum di Selangor
Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) adalah satu langkah serius yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu gejala sosial yang melanda masyarakat di Negeri Selangor. Antara keberkesanan program ini adalah seperti :
- penglibatan secara langsung pimpinan masyarakat dalam usaha merancang aktiviti-aktiviti menangani gejala sosial di kawasan yang berisiko tinggi dalam gejala sosial dan jenayah;
- persefahaman kaum berjaya diwujudkan dengan kejayaan penubuhan gabungan penduduk di kawasan fokus menangani gejala sosial yang melibatkan pelbagai kaum;
- dapat memantapkan ilmu-ilmu kemasyarakatan dalam kehidupan seharian;
- berjaya menggabungkan pelbagai jabatan/agensi kerajaan dalam usaha menangani gejala sosial;
- dapat mewujudkan persekitaran selamat dan harmoni terutama di kawasan fokus menangani gejala sosial;
- meningkat taraf hidup mereka yang terlibat dengan masalah gejala sosial;
- dapat menikmati kemudahan-kemudahan bersosial seperti perpustakaan yang dibina di kawasan yang mempunyai masalah gejala sosial tinggi; dan
- pembangunan secara menyeluruh termasuk ekonomi dan