Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
195) PERUSAHAAN TERNAKAN UDANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mengapakah kolam-kolam ternakan udang yang ada di Mukim Api-Api Kuala Selangor banyak terbiar?
Sejak tahun 2011, ternakan udang laut mengalami masalah kematian akibat dari Early Mortality Syndrome (EMS). Situasi ini bukan sahaja berlaku di Negeri Selangor malah seluruh dunia yang menjalankan aktiviti ternakan udang laut. EMS menyebabkan benih udang mati secara banyak dan dalam tempoh yang berpanjangan. Menurut kajian, ia bukanlah jangkitan virus atau bakteria. Bagi mengatasi masalah ini, pengurusan ladang perlu ditingkatkan. Kerugian akibat kematian dan peningkatan kos operasi melalui pengurusan menyebabkan banyak penternak kekurangan modal dan tidak dapat meneruskan aktiviti ternakan.
DAERAH BILANGAN KOLAM UDANG Kuala Langat 71 Kuala Selangor 27 Sabak Bernam 20 Sepang 1 Jumlah 119 -
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengaktifkan semula kolam ternakan tersebut bagi menampung bekalan udang ternakan?
Sehingga kini, Jabatan hanya memberi maklumat kepada penternak untuk meningkatkan pengurusan kolam memandangkan tiada ubat-ubatan yang mampu mengatasi masalah ini. Jabatan juga menggalakkan penukaran spesis ternakan dari udang putih kepada udang harimau memandangkan kematian benih dapat dikurangkan dengan penukaran spesies ternakan.