Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
192) PERUNTUKAN UNTUK MEMBANGUN BELIA ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang dirancang untuk di sumbangkan kepada Kelab Remaja Masjid untuk jayakan program pembangunan belia produktif?
Bagi melibatkan golongan remaja, pemimpin masyarakat seperti JKKK Masjid boleh memanfaatkan kemudahan sedia ada seperti masjid, surau, tanah perkuburan bagi program yang dirancang. Golongan muda seperti mat motor telah melibatkan diri dengan program JAIS seperti di dataran pada 17 Oktober 2015. Program ini akan mendekatkan golongan muda dengan kepimpinan.
-
Apakah mekanisme inklusif yang boleh melibatkan pimpinan setempat termasuk wakil rakyat untuk membentuk remaja Rabbani?
-
Apakah dan berapakah anggaran peruntukan untuk menyediakan kelengkapan kemudahan aktiviti belia di masjid/surau?