Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

170) KOS PENYELENGGARAAN RUMAH RASMI KERAJAAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kos penyelenggaraan rumah Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri dari tahun 2012 hingga 2015?

    Jumlah kos penyelenggaraan rumah Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri dari tahun 2012 hingga 2015:

    Rumah Menteri Besar = RM554,982.90

     EXCO Kerajaan Negeri = RM 773,788.00

     

    ** Data kos penyelenggaraan mengikut tahun seperti di Lampiran A.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kos penyelenggaraan rumah rasmi kerajaan tersebut?

    Antara usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kos penyelenggaraan rumah rasmi kerajaan tersebut ialah:

    • Membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala/ mengikut jadual.
    • Melaksanakan perolehan sebut harga/ tender untuk perkhidmatan penyelenggaraan secara terbuka dan melantik kontraktor yang menawarkan harga yang terendah/ menguntungkan

    Lampiran A

    KOS PENYELENGGARAAN DI KEDIAMAN RASMI YAB. MENTERI BESAR SELANGOR DARI TAHUN 2012 HINGGA 2015.

    BIL TAHUN JUMLAH HARGA KONTRAK KERJA JUMLAH INDEN JUMLAH
    1. 2012 RM 107,040.00 RM 107,040.00
     

    2.

     

    2013

     

    RM 102,439.75

     

    RM20,671.30

     

    RM 123,111.05

     

    3.

     

    2014

     

    RM 95,999.40

     

    RM37,897.00

     

    RM 133,896.40

    4. 2015 RM 72,929.65 RM118,005.80 RM 190,935.45
     

    JUMLAH KESELURUHAN

    RM 554,982.90

    KOS PENYELENGGARAAN DI KOMPLEKS KEDIAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR (EXCO) DARI TAHUN 2008 HINGGA 2015.

     

    BIL

     

    TAHUN

    JUMLAH HARGA KONTRAK KERJA  

    JUMLAH INDEN

     

    JUMLAH

    1. 2012 RM 335,255.00 RM 115,290.00 RM 450,545.00
    2. 2013 RM 80,440.00 RM 44,665.00 RM 125,105.00
    3. 2014 RM 116,139.00 RM35,957.00 RM 116,139.00
    4. 2015 RM 81,999.00 RM27,400.00 RM 81,999.00
    JUMLAH KESELURUHAN RM 773,788.00

Lampiran

Tiada Lampiran.