Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
157) INFRASTRUKTUR AWAM DI PELABUHAN KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan infrastruktur awam utama di Pelabuhan Klang dan agensi-agensi yang bertanggungjawab terhadap setiap infrastruktur tersebut.
Senarai infrastruktur awam utama di Pelabuhan Klang adalah seperti berikut :
BIL INFRASTURKTUR UTAMA AGENI BERTANGGUNGJAWAB 1 Hentian Bas Pelabuhan Klang Majlis Perbandaran Klang 2 Jeti Pulau Ketam di Jalan Syahbandar
Lembaga Pelabuhan Klang 3 Jeti Swasta di Jalan Syahbandar Asa Niaga 4 Stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu 5 Kompleks Pasar Pelabuhan Klang Majlis Perbandaran Klang -
Senaraikan jalan-jalan utama dan nyatakan sama ia persekutuan atau negeri.
Senarai-senarai jalan utama dan agensi berkaitan di Pelabuhan Klang adalah seperti berikut:
BIL NAMA JALAN AGENSI 1 Jalan Pelabuhan Utara JKR Persekutuan 2 Jalan Kem JKR Persekutuan 3 Persiaran Raja Muda Musa JKR Persekutuan 4 Lebuhraya Pulau Indah JKR Persekutuan 5 Jalan Pandamaran JKR Persekutuan 6 Jalan Telok Gong JKR Negeri 7 Jalan Tengku Badar Majlis Perbandaran Klang 8 Jalan Kastam Majlis Perbandaran Klang 9 Jalan Sungai Keladi Majlis Perbandaran Klang 10 Lebuh Raja Lumu Majlis Perbandaran Klang 11 Jalan Raja Lumu Majlis Perbandaran Klang -
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan jalan utama sentiasa dalam keadaan yang baik?
Pihak Majlis Perbandaran Klang sentiasa memantau jalan-jalan utama di bawah penyelenggaraan Majlis dan melakukan penyelenggaraan secara jabatan dan diturap semula secara berkala setiap 5 tahun melalui geran jalan MARRIS.