Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
152) PENYELENGGARAAN PARIT TANAH RIZAB JALAN DI KAWASAN KAMPUNG DALAM DUN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah pelaksanaan jadual dan skop penyelenggaraan setiap agensi MPK, JKR dan JPS?
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Pelaksanaan jadual yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Klang adalah sebanyak 3 kali setahun, manakala kerja pengorekan dan pembersihan parit tanah adalah mengikut kepada bajet atau peruntukan Majlis. Untuk skop penyelenggaraan setiap agensi antara MPK, JKR dan JPS adalah sama mengikut inventori agensi masing-masing.
-
Berapakah serta dibawah peruntukan mana saluran mana ia dilaksanakan?
Jumlah peruntukan adalah sebanyak RM1 juta setahun bagi tahun 2015 di bawah peruntukan Majlis sendiri serta peruntukan termasuk pembersihan dan pengorekan kolam tadahan di bawah Majlis Perbandaran Klang.
-
Adakah jadual bagi setiap parit jalan mengikut agensi bertanggungjawab? Senaraikan.
Jadual penyelenggaraan setiap parit seperti di lampiran A. JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR
- Jadual pelaksanaan adalah 1 kali setiap 12 bulan. Skop JKR adalah menyenggara parit tanah dalam rizab jalan
RM14,205.54 sebulan untuk penyenggaraan parit tanah menggunakan peruntukan MARRIS.
Jawapan adalah seperti di perkara a).
JABATAN PENGAIRAN NEGERI SELANGOR
Bagi pelaksanaan jadual dan skop penyelenggaraan JPS Negeri Selangor, parit-parit tanah di bawah penyelenggaraan JPS diselenggara 2 kali setahun untuk kawasan kampung dalam DUN Meru. Skop kerja penyelenggaraan adalah kerja-kerja mengorek dan mencuci serta membawa keluar kelodak ke tapak buangan yang
Untuk tahun 2015, JPS Negeri Selangor telah membelanjakan sebanyak RM971,361.00 di bawah peruntukan mengurus Negeri bagi tujuan penyelenggaraan parit-parit tanah kawasan kampung dalam DUN Meru.
Ya, kerja-kerja penyelenggaraan parit tanah dalam DUN Meru bagi JPS Negeri Selangor adalah mengikut jadual iaitu pada bulan Mac dan bulan Oktober.