Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
143) PEMERKASAAN BELIA SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status program latihan yang Kerajaan Negeri ingin laksanakan untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor?
Dalam usaha untuk memperkasakan belia Selangor, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai latihan untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor. Di antara program latihan adalah dalam bidang latihan, teknikal dan kemahiran yang dikendalikan oleh INPENS International College. Usaha-usaha ini merupakan bantuan Kerajaan Negeri kepada belia bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan pada masa hadapan dalam bidang seperti kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, mekanik motorsikal, sistem komputer dan penyaman udara.
Di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi juga turut menawarkan program jangka pendek bagi membantu golongan belia di Selangor meningkatkan pendapatannya sebagaimana berikut :-
INPENS International College (Tempoh kursus : 2 Hari) Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) (Tempoh kursus : 1 Hari)
Program Motosikal Program Pembangunan Usahawan Penjaja Makanan dan Minuman Program Dandanan Rambut Program Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
Program Jahitan Program Kecantikan Selain itu, terdapat juga penganjuran Program Pembangunan Usahawan di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi membantu golongan belia menjana pendapatan sendiri seperti program berikut :-
Bil
Program
Jenis Bantuan
Jumlah Usahawan
1 Perintis Usahawan Bimbingan & Latihan 1,440 2. Tunas Niaga Bimbingan & Latihan 19,653 3 Kelab Permata Selangor Bimbingan & Latihan 11,406 4. GROW Bimbingan & Latihan 163 JUMLAH KESELURUHAN USAHAWAN BELIA 32,662 -
Nyatakan statistik peserta yang berjaya menjana pendapatan sendiri melalui program latihan ini.
Sama seperti di SUB (a)