Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
141) DANA MIMBAR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah MIMBAR telah menggunakan sepenuhnya peruntukan RM40 juta yang dijanjikan dalam pembentangan bajet 2015?
Sejak penubuhan MIMBAR hingga kini dana yang telah diterima adalah sebanyak RM16,822,848.95.00 daripada peruntukan asal RM20,000,000.00. Manakala peruntukan tambahan dalam bajet 2015 sebanyak RM 20,000,000.00 masih belum diterima.
MIMBAR Selangor telah ditambahbaik dan dijenamakan semula kepada Program Hijrah Selangor. Oleh kerana itu, segala aktiviti pengeluaran pinjaman Program MIMBAR telah dihentikan. Mana-mana peserta yang mempunyai kredit disiplin yang baik akan ditawarkan pinjaman Program Hijrah Selangor.
-
Senaraikan penerima MIMBAR yang telah mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka dan keluar daripada PGK?
Tiada lagi sebarang kajian impak yang dilaksanakan samada di pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor atau Kerajaan Negeri untuk melihat kejayaan atau keberkesanan Program MIMBAR Selangor
-
Adakah peruntukan ini akan ditambah pada tahun 2016?
Tiada.