Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
134) PENDERAAN DAN PEMERDAGANGAN KANAK-KANAK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kes penderaan dan pemerdagangan kanak-kanak yang berlaku di Selangor dari tahun 2013-2015?
POLIS DIRAJA MALAYSIA
Statistik kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di Selangor bagi tahun 2013 adalah sebanyak 70 kes telah dicatatkan manakala pada tahun 2014 sebanyak 100 kes telah dicatatkan dalam kes penderaan kanak-kanak. Untuk tahun 2015 telah mencatatkan sebanyak 70 kes penderaan kanak-kanak bagi tempoh Januari – September 2015. Berikut adalah statistik kes penderaan kanak-kanak bagi Kontinjen Selangor.
PERKARA / TAHUN
2013 2014 2015 (JAN – SEPT) JUMLAH KES 70 10 70 Statistik kes pemerdagangan kanak-kanak yang berlaku di Selangor bagi tahun 2013 – 2014 tiada kes pemerdagangan yang dicatatkan manakala pada tahun 2015 tempoh bulan Januari – 15 Oktober terdapat 3 kes pemerdagangan kanak-kanak. Berikut adalah statistik kes pemerdagangan kanak-kanak bagi Kontinjen Selangor.
PERKARA / TAHUN 2013 2014 2015 (JAN – 15 OKT) JUMLAH KES 0 0 3 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR
- Berdasarkan statistik di Jadual 1, jumlah keseluruhan kes penderaan kanak- kanak bagi tahun 2013 sehingga Ogos 2015 di Negeri Selangor adalah sebanyak 3,424 kes.
Jadual 1 : Bilangan Kes Penderaan Mengikut Daerah Bagi Tahun 2013 – 2015 (Sehingga Ogos)
Daerah
2013 2014 Jan. – Ogos 2015 L P L P L P Petaling 73 122 93 137 91 91 Subang Jaya 50 61 57 76 27 49 Shah Alam 30 77 36 60 33 44 Gombak 58 111 84 107 66 111 Hulu Langat 60 115 81 123 73 101 Klang 71 118 76 124 83 113 Hulu Selangor 5 2 9 8 6 8 Sabak Bernam 2 3 1 4 1 6 Kuala Selangor 37 72 32 49 32 53 Sepang 17 19 11 23 3 3 Kuala Langat 10 29 16 48 6 27 JUMLAH 413 729 496 759 421 606 JUMLAH KESELURUHAN 1,142 1,255 1,027 Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
Bagi kes pemerdagangan kanak-kanak, JKM bertanggungjawab untuk menyediakan laporan sosial kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan seperti mana dipohon oleh PDRM untuk dibicarakan di Mahkamah. Selain itu JKM turut berperanan untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang diperdagangkan dengan menempatkan mereka di Rumah Perlindungan yang disediakan. Statistik kes pemerdagangan kanak- kanak melalui penyediaan laporan sosial yang dipohon oleh PDRM adalah seperti di Jadual 2.
Jadual 2 : Statistik Kes Pemerdagangan Kanak-Kanak Bagi Tahun 2013 – 2015 (sehingga Ogos) di Negeri Selangor
Tahun Kanak-Kanak Lelaki Kanak-Kanak Perempuan 2013 5 16 2014 5 27 2015 (Jan – Ogos)
3 23 JUMLAH 13 66 Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengekang kes penderaan dan pemerdagangan kanak-kanak di Selangor dari terus meningkat?
Bagi mengekang kes penderaan kanak-kanak dari terus meningkat, Kerajaan Negeri melalui JKM telah melaksanakan beberapa usaha menangani kes penderaan dan pemerdagangan kanak-kanak seperti berikut:
i. Menyebarluas Perkhidmatan Talian Kasih 15999
Talian ini yang beroperasi 24 jam sehari boleh memberi perkhidmatan lebih mudah, pantas dan berkesan kepada orang ramai. Melalui talian ini masyarakat boleh melapor, mengadu, merujuk, memohon bantuan dan khidmat nasihat mengenai perkhidmatan JKM termasuk untuk kanak-kanak yang didera.
ii. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK)
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) diwujudkan bertujuan menyelaraskan perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan. Sehingga kini terdapat 11 buah PPKK di negeri Selangor. Manakala terdapat sebanyak 17 buah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak yang berfungsi untuk melaksanakan program advokasi dan pencegahan seperti seminar, kelas tuisyen,bengkel, motivasi, bimbingan serta kaunseling.
iii. Perkhidmatan Kaunseling
JKM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling di peringkat negeri dan daerah sebagai salah satu usaha untuk memberi bimbingan dan khidmat nasihat serta kaunseling kepada kanak-kanak dan keluarga kanak-kanak sebagai salah satu usaha sokongan kekeluargaan.
iv. Penubuhan Taska Komuniti@Taska 1Malaysia
Taska Komuniti@Taska 1Malaysia adalah salah satu usaha JKM untuk membantu ibu bapa yang berpendapatan rendah mendapat jagaan yang selamat semasa ibu bapa keluar bekerja. Kanak-kanak ini akan lebih selamat dan mendapat penjagaan yang berkualiti di Taska ini. Sehingga kini terdapat 7 buah Taska Komuniti yang telah ditubuhkan di bawah oleh JKMN Selangor.
- Childline
Childline telah diwujudkan sebagai perkhidmatan telefon khas untuk kanak- kanak untuk mereka menyalurkan sebarang pertanyaan, laporan dan aduan mengenai diri kanak-kanak.
vi. Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015)
Pelan ini memberi penekanan terhadap kepentingan kerjasama pintar di semua peringkat seperti agensi kerajaan, NGO dan masyarakat bagi menyokong kerajaan dalam menangani isu pemerdagangan orang khususnya kanak-kanak melalui program-program kesedaran awam.
vii. Penubuhan Rumah Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Kanak- Kanak
Rumah Perlindungan disediakan untuk menempatkan kanak-kanak yang disyaki dan dikenalpasti mangsa pemerdangangan orang sehingga mereka dihantar balik ke negara asal.