Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
121) JEJAK KARBON
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pelan tindakan kerajaan dalam pengurangan pengeluaran karbon?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor telah diluluskan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 28/2015 pada 2 September 2015.
Melalui Pelan Tindakan ini, Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan semua PBT Negeri Selangor sebagai perbandaran hijau dan seterusnya mencapai Bandar Rendah Karbon menjelang 2030.
Pelaksanaan perbandaran hijau di Negeri Selangor akan menerima pakai Kerangka Bandar Rendah Karbon atau Low Carbon Cities Framework and Assessment System (LCCF).
Lima (5) buah PBT yang dicadangkan untuk menjadi perintis Bandar Rendah Karbon adalah seperti berikut:
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya
- Majlis Bandaraya Shah Alam
- Majlis Perbandaran Subang Jaya
- Majlis Perbandaran Sepang
- Majlis Perbandaran Klang
Seterusnya, 12 buah PBT akan menerima pakai LCCF menjelang tahun 2020; dan 4 buah bandar akan diiktiraf di peringkat Antarabangsa sebagai Bandar Hijau (Green Cities) menjelang tahun 2030.
-
Apakah rancangan dan pencapaian dalam pembangunan teknologi hijau di Negeri Selangor.
Tahun 2015 merupakan tahun bagi penetapan dasar dan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor serta aktiviti promosi kepada masyarakat, manakala tahun-tahun berikutnya adalah bagi pelaksanaan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor yang telah ditetapkan.
Pelan tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor ini di rangka bagi pelaksanaan pada tahun 2015-2018. Melalui ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi tumpuan kepada 8 tindakan utama yang telah dikenal pasti.
- Perbandaran Hijau Melalui Bandar Rendah Karbon Selangor;
- Perolehan Hijau Kerajaan;
- Pemasangan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle) Di Selangor;
- Penggunaan Kereta Elektrik Sebagai Kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor;
- Penggunaan Bas Elektrik Bagi Program ‘Bas Percuma’ Di PBT;
- Pemasangan Bumbung Solar Bagi Projek Perumahan Selangorku;
- Bangunan Cekap Tenaga Di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor; dan Program Penghijauan Taman Industri
-
Apakah rancangan dan kemajuan kerajaan dalam penggunaan tenaga solar?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa cadangan Kerajaan Negeri dalam penggunaan tenaga solar, antaranya adalah:-
- Pemasangan Bumbung Solar Bagi Projek Perumahan Selangorku dan
- Pemasangan Bumbung Solar di bangunan-bangunan Kerajaan Negeri,