Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
120) PKNS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan projek-projek usahasama (JV) yang telah dijalankan oleh PKNS serta anak-anak syarikatnya sejak 2013
PKNS tidak lagi mengadakan sebarang usahasama atau penswastaan dengan pihak swasta sejak tahun 2008. Semua projek usahasama dan penswastaan yang masih ada pada masa ini adalah projek-projek yang telah dilulus dan dimulakan sebelum 2008.
-
Jelaskan bentuk sumbangan dan penerima secara terperinci dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah dilakukan oleh PKNS serta anak-anak syarikatnya sejak tahun 2013
Sumbangan dan penerima secara terperinci dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah dilakukan oleh PKNS serta anak-anak syarikatnya sejak tahun 2013 adalah seperti berikut :
BIL TAHUN SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI (RM)
KOMUNITI & KEBAJIKAN SOSIAL (RM)
PENDIDIKAN (RM)
JUMLAH TAHUNAN (RM)
1 2013 7,863,078.00 18,614,497.34 127,194.00 26,604,769.34 2 2014 3,030,225.00 107,974,500.18 68,900.00 111,073,625.18 3 2015 1,416,498.00 3,380,584.14 37,036.00 4,834,118.14 Jumlah 12,309,801.00 129,969,581.66 233,130.00 142,512,512.66