Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

118) WAKTU DIBENARKAN BEROPERASI PERNIAGAAN KEDAI-KEDAI BERLESEN DI DUN MERU.

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah ada had waktu tertentu bagi semua kategori perniagaan mengikut zon ditetapkan? Nyatakan.

    Majlis menetapkan tempoh masa perniagaan bagi pengeluaran lesen berisiko sahaja seperti hiburan, rumah urut dan Pusat Siber tanpa mengira zon tertentu.

  2. Adakah juga tertakluk bagi aktiviti perniagaan di tanah persendirian & kampung?

    Selagi perniagaan tersebut dilesenkan oleh Majlis, had masa tersebut terpakai tanpa mengira aktiviti tersebut dijalankan di atas tanah persendirian ataupun tidak.

  3. Adakah sebarang kajian berfakta, peningkatan gejala sosial tidak sihat dan jenayah berkait dengan perniagaan hingga lewat pagi?

    Setakat ini tiada sebarang kajian atau fakta terhadap perniagaan lewat pagi yang menyumbang kepada gejala sosial dan jenayah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.