Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
107) BANTUAN KEMISKINAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri yakin bantuan untuk asnaf zakat dan JKM diterima oleh golongan yang berkelayakan?
Di Lembaga Zakat Selangor (LZS), bagi memastikan asnaf zakat benar-benar layak menerima bantuan zakat beberapa kaedah dilaksanakan iaitu:
- Kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin berdasarkan penggunaan haddul kifayah – Dalam konteks Negeri Selangor, haddul kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asasi yang paling minimum bagi sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh LZS berdasarkan kajian lapangan terhadap kos sara hidup masa kini. Kriteria penilaian asnaf fakir dan miskin yang diguna pakai oleh LZS berdasarkan kepada Sistem Pengurusan Agihan Zakat Negeri Selangor yang telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
- Kerjasama dengan 1,700 penolong amil kariah di seluruh
- Bengkel Pemilihan Asnaf Fakir dan Miskin – Ia dilaksanakan selepas proses bancian asnaf dijalankan melibatkan LZS dengan kerjasama wakil di peringkat kariah sehingga peringkat daerah.
- Siasatan ke lapangan: Pegawai LZS akan membuat siasatan berdasarkan sesuatu
Setiap permohonan yang diterima akan diteliti dan disiasat oleh kakitangan JKM bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon sebelum kelulusan diberikan. Kriteria kelayakan permohonan bantuan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di
- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM720.00 sebulan.
- Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian.
-
Nyatakan kekerapan pemantauan dan kemaskini data penerima bantuan dilakukan dalam setiap tahun
LZS melaksanakan pemantauan melalui semakan semula status asnaf yang dijalankan di setiap daerah bagi memastikan asnaf menepati kriteria kelayakan. Di samping itu, kerjasama dengan 1,700 penolong amil kariah di seluruh Selangor turut membantu dalam pemantauan yang
JKM juga membuat pemantauan di peringkat negeri setahun sekali. Bagi peringkat daerah pemantauan akan dilakukan setiap bulan sebelum baucer penerima bantuan dijanakan bagi mengelakkan pembayaran dibuat kepada yang meninggal dunia.
Kaji semula kes bantuan akan dilakukan setahun sekali bagi mengenalpasti keadaan klien sama ada masih memerlukan bantuan atau sudah terkeluar dari garis kemiskinan.
-
Nyatakan statistik penerima bantuan JKM mengikut etnik dan jenis bagi tahun 2015.
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR (JKM)
Statistik penerima bantuan mengikut etnik dan jenis bagi September 2015 adalah seperti berikut:
JENIS BANTUAN ETNIK MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH Bantuan Anak Pelihara
69 20 8 0 97 Bantuan Orang Tua 5,096 2,654 3,328 9 11,087 Bantuan kanak- kanak
3,288 789 2,319 1 6,397 Elaun Pekerja Cacat 4,362 2,153 2,137 4 8,656 Bantuan Pesakit Terlantar
1,274 503 483 1 2,261 Bantuan Tidak Bekerja
2,973 1,350 1,677 3 6,003 Bantuan Latihan Belia
29 0 0 0 29 Bantuan Am 2,254 958 2,340 0 5,552 JUMLAH 19,345 8,427 12,292 18 40,082