Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
99) PERANCANGAN PEMBAIKAN SISTEM JALAN RAYA/LALU LINTAS DI DUN SELAT KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kepadatan penduduk di kawasan terhad di Selat Klang mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Sila senaraikan perancangan memastikan masalah diatasi berserta jadual pelan tindakan termasuk jalan baharu oleh semua jabatan terlibat: JKR, PBT, pejabat daerah (luar bandar)
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MPK bersama JKR Negeri Selangor perlu menyediakan Pelan Induk Sistem Rangkaian Jalan dalam mengatasi kesesakan aliran trafik kesan kepada kepadatan penduduk di kawasan Selat Klang dan pembangunan kediaman baru. Penyediaan Pelan Induk merangkumi kajian ke atas mengenalpasti jajaran jalan-jalan baru, melebar jajaran jalan-jalan utama sediada dan menaiktaraf persimpangan-persimpangan jalan sediada.
-
Sila kemukakan berserta 'timeline'.
Jangkamasa Penyediaan Pelan Induk perlu disediakan pada tahun 2016 dan pelaksanaan pembangunan jalan dan menaiktaraf persimpangan
JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR
Perancangan JKR dalam RMKe-11 di kawasan Selat Klang adalah Membina Jambatan Ke-3 Klang:
- Fasa I: Telah bermula pada 17 Julai 2014 dan dijadualkan siap pada 15 Disember 2016
- Fasa II : Dijadual bermula pada akhir tahun 2016 dan dijadual siap pada akhir tahun 2018