Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
94) KEPADATAN PENDUDUK DI KAWASAN PBT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan sedar terdapat penempatan penduduk setengah PBT sangat padat sehingga menimbulkan kelemahan sistem pengurusan sampah, jalan, perparitan, bekalan air dll?
Ya.
-
Jika ya, adakah kerajaan bercadang membuat peraturan pengawalannya bagi menjamin keselesaan penduduknya pada masa hadapan?
Pertambahan penempatan atau kediaman di Selangor bukan satu fenomena yang asing tambahan kedudukannya dalam kawasan Lembah Klang yang sangat aktif dan pesat membangun. Kerajaan Negeri menyedari dan mengambil perhatian terhadap masalah kelemahan sistem pengurusan sampah, jalan, perparitan, bekalan air dan sebagainya berpunca dari pembangunan kawasan baru yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa merancang atau pihak berkuasa tempatan dan juga penempatan terletak di kawasan lama.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) serta PBT- PBT telah menyediakan dan mewartakan rancangan tempatan bagi setiap PBT di Selangor sebagai mekanisma yang digunakan bagi mengawal kepadatan penduduk adalah melalui zon gunatanah dan keperluan densiti serta nisbah plot dalam Rancangan Tempatan dan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan.
Kerajaan Negeri juga sedang merangka satu Rancangan Struktur Negeri (RSN) di mana urusetia induk ialah JPBD Selangor.
-
Mohon nyatakan perancangan kerajaan.
Sama seperti di SUB (a)